Pages

Monday, October 7, 2013

Bz, bz, bz...



Sedar tak sedar dah brapa lama aku x buka blog. Serius aku lupa terus dengan aktiviti rutin stalk blog awek awek cun. Nak menulis lagilah malas. Kering idea tahap gaban. Aku juga memang salute blogger-bloger lain yang keep on blogging. Maknanye diorang sentiasa penuh dengan idea dan benda nak menulis. Maybe jugak sebab hidup diorang sangat cheerfull, happening dan ohsemm, dan tidak se-bosan macam aku. 

Satu sebab lain yang maybe sebab faktor kerja kot. Oh ya, aku sekarang da mula kerja tempat lain. Dah tak de dah hidup senang lenang dan kerja yang santai macam dulu. Time aku merepek menulis entry ni pon sebenarnya aku tengah outstation di Kedah. Minggu lepas di Kuching. Sampai je K.L, terus drive ke Alor Star pulak. Memang tabah je lah jawapnya, sebab dah sebahagian dari tanggungjawab. Ok, member dah siap bersiap, aku nak pegi makan. Babai!

Monday, April 15, 2013

Kecelaruan Identiti


Sangat Meriah warna anjing ni. Gambar ni di snap waktu balik dari area Danau Kota Sabtu Lepas. 

Sunday, March 17, 2013

Sunday blues

Hari ahad minggu ni tak seindah hari ahad aku di minggu-minggu lain. X de lagi rutin biasa tido lepas subuh sampai pukul 11 pagi. Pagi2 pukul 6.30 pagi dah kluar rumah nak hantaq membe ke stesen bas. After that, jadi posmen pulak pergi "memanggil" kalau bahasa utara nya or kalau bahasa stendard buku teks, tolong hantar kad walimatulurus orang lain. Mati2 semua orang ingat aku yang da nak kahwin. Waddahel. Penat aku nak tepis dakwaan2 dn gosip liar yang berlegar2 kat kepala member-member aku sekelian.




Dulu waktu kecik-kecik, aku selalu jugak ikut ayah aku pergi memanggil ni bila makcik-makcik aku nak berkahwin. Time tu rasa best sangat kot sebab boleh pergi jenjalan rumah family2 yang lain. X rasa penat langsung. Yelah, time kecik kan, mana nak kenal erti penat dalam jalan-jalan ni. But now, baru aku tau macam mana ayah aku rasa dulu bila mana aku tengah seronok jalan-jalan pegi memanggil ni. 

Selesai proses memanggil, sampai je rumah, satu rumah punya membe tengah sedap tido. Aku tengok jam tangan da pukul 12.30. Gila jeles aku tengok 2 orang tu sedap tido. Sesuatu harus dilakukan. Aku pasang kuat-kuat TV3 sebab ada rancangan Melodi. Membe aku sorang memang hantu rancangan Melodi. Apa yang best pon aku tak tahu. 5 minit kemudian aku tgk pintu bilik da terbukak. Rancangan khianat aku berjaya. hahaha!


Xtvt biasa lepas Lunch. Game-on dude!

Wednesday, March 13, 2013

WAZE

Pernah tak dengar apps yang bernama Waze? Aku yakin ramai yang tahu n pernah guna or sedang menggunakan apps ni. Tambah-tambah pulak kalau guna iPhone or iPad, or ape saja handphone yang support o.s Android sebab apps ni antara apps yang biasa aku jumpa dalam iPhone kawan-kawan aku. Bagi aku, apps ni diantara apps yang selalu aku guna bila travel masuk K.L or nak mengelak traffic jammed or kalau aku nak pergi ke satu tempat yang aku sendiri tak tahu jalan. Kepada yang masih baru dengan apps Waze ni, lets chekidout.




Pada pendapat dan pemerhatian aku, Waze ni boleh dikatakan apps yang tergolong dalam kategori "all-rounder" sebab menggabungkan fungsi GPS + Social Community. Hahaha. Sebab apa social community? Sebab Waze ni bergantung kepada user sendiri untuk kebanyakkan fungsi yang ada. Tagline Waze tu sendiri dah cakap yang "Outsmarting  Trafficc, Together". Bermaksud data yang apps ni kumpul dari user, akan digunakan balik untuk tolong user yang lain dalam fungsi-fungsi lain macam info traffic jammed, roadblock polis, speedtrap polis, AES camera, dan macam-macam lagi lah.




U.I yang biasa dilihat dalam Waze ni (kalau dalam K.L lah). Lining merah tu bermaksud jalan tersebut teruk sangat traffic jammed nya. Better cari jalan lain lah. Ikon yang kecik-kecik n macam-macam gaya tu adalah registered user lain yang sedang mnggunakan Waze. So kalau dah ade Waze tu, pastikan anda sign-up dulu kalau x ade account. Tak kene bayar pun. :)






Ada beberapa jenis warna yang digunakan untuk indicate tahap sesaknya satu-satu jalan tu. Semakin gelap warna jalan tu, semakin sesak lah jawabnya. So rancang laluan perjalanan anda dengan elakan lalu di jalan yang sesak demi untuk tidak menyesakkan lagi jalan tersebut ok?




User jugak boleh hantar report ke Waze kalau-kalau terjumpa sesuatu yang boleh direportkan. Contohnya kamera AES, roadblock polis sampailah ke hujan lebat di satu-satu tempat. Dengan report ni jugaklah yang akan Wazer (term untuk user waze) lain akan lebih alert dengan jalan raya dan sempat pasang tali pinggang kereta sebelum disaman polis. :)

: Drive Safe. Remember your loved one

Tuesday, March 12, 2013

Saya orang kaya.....p

Bulan ni saja aku dah habis dekat 5k dah duit. Terasa diri ini bagaikan anak orang kaya yang makan nestum guna sudu emas waktu kecik-kecik dulu. Duit mengalir keluar dah macam minum air sirap ais waktu lepas abes berlari marathon pukul 12.30 tengah hari. Sambil aku tulis entry ni pun, sambil aku tengah buat jadual hari apa boleh makan nasi dan hari apa yang aku kena makan meggi. Stok megi pon dah ada standby 3 jenis perasa. Tak la bosan sangat asyik makan megi yang sama je. Sangat heartbreak bila tengok balance duit akaun bank aku. Petang tadi pulak lepas kerja kena pergi settlekan hal kereta pulak. Lagi bertambah best, pagi ni bangun tido leher tak boleh toleh ke kanan sebab gaya tido yang melampau. Dah macam robot rosak dah aku dalam ofis hari ni. Orang kiri panggil, boleh la nak toleh. Kalau orang kanan yang panggil, dengan bangku2 sekali ikut toleh. Great!



Senyum ja brader blakang tu tengok kereta aku. Bro, gua hafal no plat kreta bro.
~demmit...~

Wednesday, March 6, 2013

Dinner yang susah.

Pekara paling lazim yang selalu aku hadapi ialah bila nak keluar makan malam or bahasa jawanya Dinner. Sangat susah nak decide apabila masing2 membe lepass diri dengan cakap "aku ikut je", "mana-mana pon x kisah" dan yang paling sweet ialah "ko makan ape pn kami ikut".

So cadangan aku, makan western la mlm ni. Hahaha....koyak dompet.

Tuesday, March 5, 2013

Konflik di Sabah

All the credit goes to the original author. Im just share it ;)


1. Siapakah Yang Menceroboh?


So-called "The Sultanate Of Sulu Army"

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:


The "ambitious" man behind all of this

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.

6. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar

7. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

8. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

9. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

10. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah­ Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah.
Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

rujukan:

1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://­www.philstar.com/headlines/2013/02/16/­909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim

2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=­%2F2013%2F2%2F18%2Fmstar_berita%2F20130218160807&sec=mstar_berita

3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site, http://www.freewebs.com/­julabbi_cairo12/familytree.htm

4. “The true Sultan of Sulu,” http://­www.fakesulusultans.com/

5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://­www.bworldonline.com/content.php?sect­ion=Nation&title=Gov’t-to-assess-Sabah-claim&­id=6 6237

6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://­www.manilatimes.net/index.php/opinion/­editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://­www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013,http://­thestar.com.my/news/story.asp?file=%25­2F2013%2F2%2F22%2Fnation%2F127­45258&sec=nation

9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug,http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu

10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.

11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.

13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.

14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001,http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200­400.cfm

Thursday, February 28, 2013

Cuti-cuti CNY 2013


Sebelum balik kampung haritu (CNY), dalam kepala ni da siap list down dah semua xtvt2 yang nak buat. Punya la eksaited nak balik kampung. Dari plan memancing straight dari petang sampai pagi esok di "Alcatraz  Malaysia" (Pulau Jerejak) sehingga ke nak bergayut-gayut macam monyet di Escape Adventureplay kat Teluk Bahang. Tapi kesudahannya macam biasa dan boleh dijangka. Planning nya yang lebih, cuma proses implement nya yang kurang. Cuti 5 hari burn macam tu sahaja. Cuma diisi dengan pergi tongkat dagu di majlis kahwin kawan-kawan dan main bowling. Gila meronta jiwa aku kat rumah time cuti. Susah payah bawak balik joran, naik bas pulak tu tapi x jadi memancing pulak. 

Then tiba-tiba aku dapat mesej whatsapp dari Wan GEbu (membe sekampung) ajak pergi try satu kolam baru waktu last day aku kat penang. Fuhh. Macam baru dapat tonik. Terus rasa bermaya satu hari. Sarung seluar terus pinjam kereta ayah ntuk pergi cari umpan dan perkakasan yang perlu. Tempat yang dituju mestila TCE Tackle area butterworth. Senyum je apek tua yang jaga kedai tu bila nampak aku. Sebab dia tahu untung besar dia tengah hari tu. Level peramahnya apek tu terus sampai tahap satu family tapi lain keturunan. Demmit.


Pkul 4 baru bertolak pegi. Makan masa dekat sejam jugak la nak sampai. Sampai je tak buang masa dah. Gaya turun kereta masing-masing macam pro-angler level ikan 20 kilo keatas. Menjeling tajam pemancing lain maybe sebab cuak dengan kehadiran kami. Terus prepare apa yang patut. Tapi malangnya, kolam tu kolam air masin. Mati-mati si Wan GEbu ni cakap yang kolam ni kolam air tawar. Rugi dah duit aku beli segala macam umpan ntuk kolam air tawar. Nak tak nak kena la labur duit lagi beli umpan hidup kat kolam tu. Jadilah daripada balik macam tu je. Malu besar kot kat orang lain kalau diorang tahu yang kami balik sebab salah prepare barang untuk kolam.


Kolam memancing no-name, Semeling, Kedah D.A

dan hasilnya selepas 3 jam tongkat dagu dan gelak ketawa,.......


Siakap 1.2++ kilo seekor. Alhamdulillah rezeki hari ini. Daripada balik tangan kosong lagi. Esoknya aku mintak tolong mak aku bakar n makan dengan air asam. Nyum2......


Friday, February 1, 2013

Pembelajaran Seumur hidup.


Siapa cakap yang bila dah masuk alam pekerjaan, da tamat proses pembelajaran? Nak pergi interview keja pon nak kena belajar balik apa yang kita dah belajar dulu. Buatnya interviewer tanya soalan pelik2, mau tergagap2 nk jawab. 

Hidup itu sendiri satu proses pembelajaran yang mana kita akan habis belajar bila dah pergi tok imam yang bacakan talkin untuk kita untuk mengajar kita tentang apa yang perlu dijawab kepada "Interviewer" kita suatu masa nanti walaupun sudah kita ketahui yang ianya sudah x boleh dimanfaatkan oleh kita lagi dan hanya sekadar peringatan kepada yang hadir di majlis itu nanti.

~Dont stop learning. A person is considered dead when he/she stop to learn~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...