Pages

Saturday, July 14, 2012

Menghitung hari



Assalamualaikum.

Insyallah, seminggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang sangat penting jugak la dalam kalender Islam yakni bulan Ramadan. Sebut pasal bulan Ramadan ni, sape yang tak suka kan bila bulan Ramadan ni datang, sebab rata-ratanya dah terasa excited nak menyambut bulan Syawal, walaupun bulan Ramadan belum pun bermula (ini dibuktikan dengan ramai orang yang tag profile fb aku kat baju-baju raya, kuih raya dan tudung). Bagi aku pula, yang membuatkan rasa excited nak sambut Ramadan ni ialah acara solat Tarawih (Hahaha...statement poyo!)

Bulan Ramadan ni juga bagi aku dikenali dengan bulan yang murah rezeki. Sebab apa murah rezeki? cuba perhatikan. Masa bulan ni lah ramai orang berduyun-duyun nak berniaga. Jual tudung raya lah, baju raya, kuih raya, langsir raya, hantu raya dan yang menjadi pilihan ramai orang ni ialah berniaga dekat bazaar Ramadan. Tapi, kena ingat! erti sbenar Ramadan ni bukan untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, coz time ni juga time kita untuk berebut-rebut mencari keuntungan diakhirat kelak.

So, bagi yang tak habes bayar lagi puasa tu, cepat-cepat lah ye bayar puasa anda. Tinggal berapa hari lagi je weii!! 

Ciaoo....




2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...