Pages

Monday, July 16, 2012

Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamualaikum,...

Malam ni tak thu nak buat apa. Baru lepas balik dinner gila dekat Pantai Dalam, masing-masing cari tilam. Stended, sindrom ular sawa...

Pernah baca tak buku panduan fardhu ain "Indahnya Hidup Bersyariat" hasil karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid?




Aku rasa mesti ramai yang thu. Buat yang tak thu, mai sini aku nak explain sikit.




Buku ni bagi aku, kalau boleh la, wajib dibaca oleh semua orang sebelum nak kawin. Kalau yang dah kawin, xpe, boleh beli satu simpan dalam rumah buat rujukan.

Sebab apa? Sebab buku ni bagi aku, isinya sangat menarik untuk dibaca. Cara susunan ayat, gambarajah yang bertujuan sebagai panduan untuk pembaca sangat menarik, tak macam buku-buku panduan ilmiah yang lain.

Isi kandungan buku ini menerangkan tentang ilmu-ilmu fardhu ain serta fardhu kifayah yang dah disusun oleh pengarangnya berdasarkan perkembangan seseorang manusia tu bermula dari zaman kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa and so on sampailah ke saat menghadapi kematian berlandaskan syariat Islam.





So aku sarankan, beli lah satu copy buku ni n baca. Insyallah, banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada buku ni. Kalau nak lagi rare, beli satu buku ni, lepas tu letak atas dulang buat hantaran bertunang or kawin nanti. Hahaha...

Jangan rasa pelik, sebab 2-3 orang membe aku dah guna idea ni terlebih dulu. Siyes....aku tak tipu... :)

- Posted using BlogPress from my WorkPad

Location:Rumah sewa aku, Jalan Kelang Lama

7 comments:

  1. xrasa nak kawin ag , tp insyaAllah klu jumpa ambe beli deh , sbb cam menarik je :D

    ReplyDelete
  2. Insyallah, ilmu yang membawa manfaat kelak... ^^,

    ReplyDelete
  3. akak sy hadiahkan buku ni dkt ayah sy, sy xbc pn lg,ruginye,mcm best je..hehe

    ReplyDelete
  4. ye ke..? balik nnti boleh la start selak-selak buku ni....hehe

    ReplyDelete
  5. indahnya hidup bersyariat~

    btw, bgslah idea untuk buat hantaran tu.. bila haz kawen nanti nak buatlah. hahahaha xD

    ReplyDelete
  6. Hahaha...selamat mencuba Haz...pecah tradisi skit...hehehe ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...