Pages

Wednesday, July 4, 2012

Facebook sharing

Satu lagi hari yang berlalu tanpa kerja yang boleh aku buat. So, bila time-time macam ni, facebook menjadi salah satu cara ntuk "kill the time" sementara nak tunggu balik. Dalam masa tgh jalan2 dkt wall fb tu, aku terbaca satu quote dri salah satu idola aku




Aku setuju dengan pandangan beliau. Sekarang ni, boleh kata setiap hari aku tgk orang post macam2 dalam fb ni. Ada yang post tanda syukur bila dapat benda yang baik, dn x kurang juga yang post bila musibah melanda n sebagai conth, yang strees di tempat keja, kena tinggal dgn bf, bf curang, kena tikam blakang dgn bff dn macm2 lagi lah. Kadang2, demam n selsema sikit pon nak dikongsikan nya dalam fb ni. Come on lah! Ingat ada org nak peduli ke..?

Satu lagi yang lawak abes aku baca ialah, bila si pengupdate status ni marah or bengang dgn sesape member dia, tapi x berani nak pergi sound direct. Hanya mampu luah kata bagai kat fb. Siyes, tulis lah smpai patah 2 keyboard tu pon, kalau yang dimaksudkan tu tak tgk apa yg ditulis, x guna jugak :). X cukup dgn tu, siap kata2 makian n kesat pon diletak, punya nak tunjukan pd org ramai yang pengupdate 2 betul2 bengang. Kita kena ingat, bukan semua org dlm fb ni akan simpati, kasihan, or suka dengan apa yang kita tulis. Mungkin juga sesetengah dari friends kita didalam fb tu akan tersenyum sinis melihat post kita yng menunjukan ketidakmatangan serta kebodohan diri kita tanpa kita sedari.

Bagi pendapat aku yang x seberapa ni, x salah kalau kita nak berkongsi berita2 yang gembira or sedih ni sbg contoh, pasal perkhwinan, dpt anak, dapat menantu, dapat bonus ke, dapat mak/ayah baru, ada kematian ke, mintak rakan2 tolong doakan ke n macam2 dapat lagi lh asalkan berita tu logik untuk kita kongsi kegembiraannya or kesedihan. Kalau stakat kena tinggal dgn bf/gf, rasanya x perlulah sampai nak meroyan post dalam fb tu. Bf/gf tu pon belum tentu lagi jadi suami/isteri yang sah bg kita kelak nanti.

Satu lagi trend terkini ialah upload gambar ala- ala modelling. Sekarang ni kebanyakan kaum hawa yang cantik or rasa dirinya agak2 cantik nak jadi model untuk photoshoot. Lepas da photoshoot banyak-banyak, terus upload dalam fb, bagi semua org tgk. Sepatutnya perhiasan diri tu hanya untuk tatapan lelaki bernama suami saja, bukan untuk orang lain. Kesian bakal suami nanti, sudahlah hantaran diletak tinggi, sebab dah x de apa yng istimewa khusus untuk tatapan dia sahaja, sebab orang lain semua dah menikmatinya lebih awal daripadanya. ;)

So, pesan aku yng x seberapa bagus ni terhadap diri aku sendiri, kalau boleh, kawal lah apa yang kita post dalam fb tu. Sebelum kita post, pikir dulu baik buruk, kesan dan akibat dari post kita tu terhadap diri kita, keluarga, kawan2 kita dan masyarakat sekeliling. Kita tidak boleh kata " Ahhh!, ni account fb aku, peduli apa aku nak tulis.....". Ini kerana kita hidup bermasyarakat, ada orang sekeliling, so kita kena mengambil kira semua perkara sebelum kita melakukan satu tindakan, barulah hidup lebih aman, harmoni dan tenteram.... (ayat cliche'...haha)

- Posted using BlogPress from my WorkPad

Location:Ofis aku, Serdang Raya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...