Pages

Thursday, November 1, 2012

A day to remember~



Kolam memancing Chia bee. (Chia bee lai!)

Hari ini first time semenjak aku bergelar seorang sure-got-angler, aku x dapat ikan. Frust menonggeng terus. Rasa macam p sedekah jea RM 26 kat apek Chia Bee tu. Berdekah gila rasanya dia gelakkan  kami sambil guling-guling or sambil hentak-hentak kaki atas lantai bila tengok kami semua yang balik x dapat apa-apa hasil tangkapan. Tengok orang kiri-kanan semua berat jea jaring yg dibawak balik. Patin, Pacu, Rohu yg angler lain bawak balik semua besaq-besaq. Seakan-akan mengejek kami secara halus bila patin 5 kilo dbawak jalan depan kami. Sangat taching. Sememangnya sukan memancing ni (or lebih sesuai hobi kot) melatih kita untuk bersabar. 
.
..
...
....
.....
......Sekali lagi aku pegi Chia bee, aku nak bawak tuba skali. Puehh hati.....




Saturday, July 21, 2012

Hate list : Traffic Jammed





Assalamualaikum,

1st of all, nak ucapkan jugak Selamat berpuasa untuk semua orang muslim seantero dunia. Esok da start 1st day puasa, so jangan tewas awal dengan ujian yea... ;)

By now, aku dah selamat sampai ke Pulau pinang ntuk 1st day berbuka puasa dengan family. Excited gila rasa. Macam nak raya pulak..haha. Sebelum ni masa zaman2 belajar, mana penah aku balik untuk 1st day puasa. Bukan nak jadi anak derhaka, cuma kekangan masa dengan fulusss jea. Stended, hidup sebagai seorang mahasiswa... :)

Macam biasa, hari jumaat adalah hari gila kalau berada atas jalan pukul 5.30-7.30 kat key-el ni. Nak sampai penang awal punya pasal, redah jea. Akibatnya, Abes terkopak interior keta ni. Bukan sebab kena langgar, tapi luahan rasa membe @ driver untuk kereta yang aku tumpang balik ni. Kesabaran beliau amatlah limited, naknak pula jalan jammed....

Rileks bro, hahaha :D

- Posted using BlogPress from my WorkPad

Location:Home sweet home, Pulau Pinang

Monday, July 16, 2012

Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamualaikum,...

Malam ni tak thu nak buat apa. Baru lepas balik dinner gila dekat Pantai Dalam, masing-masing cari tilam. Stended, sindrom ular sawa...

Pernah baca tak buku panduan fardhu ain "Indahnya Hidup Bersyariat" hasil karya Dato' Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid?




Aku rasa mesti ramai yang thu. Buat yang tak thu, mai sini aku nak explain sikit.




Buku ni bagi aku, kalau boleh la, wajib dibaca oleh semua orang sebelum nak kawin. Kalau yang dah kawin, xpe, boleh beli satu simpan dalam rumah buat rujukan.

Sebab apa? Sebab buku ni bagi aku, isinya sangat menarik untuk dibaca. Cara susunan ayat, gambarajah yang bertujuan sebagai panduan untuk pembaca sangat menarik, tak macam buku-buku panduan ilmiah yang lain.

Isi kandungan buku ini menerangkan tentang ilmu-ilmu fardhu ain serta fardhu kifayah yang dah disusun oleh pengarangnya berdasarkan perkembangan seseorang manusia tu bermula dari zaman kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa and so on sampailah ke saat menghadapi kematian berlandaskan syariat Islam.





So aku sarankan, beli lah satu copy buku ni n baca. Insyallah, banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada buku ni. Kalau nak lagi rare, beli satu buku ni, lepas tu letak atas dulang buat hantaran bertunang or kawin nanti. Hahaha...

Jangan rasa pelik, sebab 2-3 orang membe aku dah guna idea ni terlebih dulu. Siyes....aku tak tipu... :)

- Posted using BlogPress from my WorkPad

Location:Rumah sewa aku, Jalan Kelang Lama

Sunday, July 15, 2012

Main wayang





Bila dah x dak koje, cari koje. Haha...
Saja main wayang takut bos nampak x de koje, abes digodeknya pc aku.
Alik-alik windows corupt. Ohsem!!

Nasib baik aku terer...(hahaha!) kalau x, burn koje aku semua dalam tu....huh! :))


- Posted using BlogPress from my WorkPad

Location:Ofis aku, Serdang Raya

Saturday, July 14, 2012

Menghitung hari



Assalamualaikum.

Insyallah, seminggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang sangat penting jugak la dalam kalender Islam yakni bulan Ramadan. Sebut pasal bulan Ramadan ni, sape yang tak suka kan bila bulan Ramadan ni datang, sebab rata-ratanya dah terasa excited nak menyambut bulan Syawal, walaupun bulan Ramadan belum pun bermula (ini dibuktikan dengan ramai orang yang tag profile fb aku kat baju-baju raya, kuih raya dan tudung). Bagi aku pula, yang membuatkan rasa excited nak sambut Ramadan ni ialah acara solat Tarawih (Hahaha...statement poyo!)

Bulan Ramadan ni juga bagi aku dikenali dengan bulan yang murah rezeki. Sebab apa murah rezeki? cuba perhatikan. Masa bulan ni lah ramai orang berduyun-duyun nak berniaga. Jual tudung raya lah, baju raya, kuih raya, langsir raya, hantu raya dan yang menjadi pilihan ramai orang ni ialah berniaga dekat bazaar Ramadan. Tapi, kena ingat! erti sbenar Ramadan ni bukan untuk mencari keuntungan dunia semata-mata, coz time ni juga time kita untuk berebut-rebut mencari keuntungan diakhirat kelak.

So, bagi yang tak habes bayar lagi puasa tu, cepat-cepat lah ye bayar puasa anda. Tinggal berapa hari lagi je weii!! 

Ciaoo....




Wednesday, July 4, 2012

Coklat Jepun





Pernah makan kitkat kaler hijau..? Haha, bos aku baru balik dari jepun, dia belikan satu ofis mnatang ni. Mula2 nak makan, memikir jgak aku ape rasanya nnti memandangkan kitkat ni berperisa teh hijau. Yng selalu makan pon perisa coklat je. Dah rupa macam plastesin aku tgk. Aku pernah minum teh hijau jepun n memang aku pangkah siap2 teh ni. Sangat x kena dengan tekak aku.....uweak!


- Posted using BlogPress from my WorkPad

Facebook sharing

Satu lagi hari yang berlalu tanpa kerja yang boleh aku buat. So, bila time-time macam ni, facebook menjadi salah satu cara ntuk "kill the time" sementara nak tunggu balik. Dalam masa tgh jalan2 dkt wall fb tu, aku terbaca satu quote dri salah satu idola aku




Aku setuju dengan pandangan beliau. Sekarang ni, boleh kata setiap hari aku tgk orang post macam2 dalam fb ni. Ada yang post tanda syukur bila dapat benda yang baik, dn x kurang juga yang post bila musibah melanda n sebagai conth, yang strees di tempat keja, kena tinggal dgn bf, bf curang, kena tikam blakang dgn bff dn macm2 lagi lah. Kadang2, demam n selsema sikit pon nak dikongsikan nya dalam fb ni. Come on lah! Ingat ada org nak peduli ke..?

Satu lagi yang lawak abes aku baca ialah, bila si pengupdate status ni marah or bengang dgn sesape member dia, tapi x berani nak pergi sound direct. Hanya mampu luah kata bagai kat fb. Siyes, tulis lah smpai patah 2 keyboard tu pon, kalau yang dimaksudkan tu tak tgk apa yg ditulis, x guna jugak :). X cukup dgn tu, siap kata2 makian n kesat pon diletak, punya nak tunjukan pd org ramai yang pengupdate 2 betul2 bengang. Kita kena ingat, bukan semua org dlm fb ni akan simpati, kasihan, or suka dengan apa yang kita tulis. Mungkin juga sesetengah dari friends kita didalam fb tu akan tersenyum sinis melihat post kita yng menunjukan ketidakmatangan serta kebodohan diri kita tanpa kita sedari.

Bagi pendapat aku yang x seberapa ni, x salah kalau kita nak berkongsi berita2 yang gembira or sedih ni sbg contoh, pasal perkhwinan, dpt anak, dapat menantu, dapat bonus ke, dapat mak/ayah baru, ada kematian ke, mintak rakan2 tolong doakan ke n macam2 dapat lagi lh asalkan berita tu logik untuk kita kongsi kegembiraannya or kesedihan. Kalau stakat kena tinggal dgn bf/gf, rasanya x perlulah sampai nak meroyan post dalam fb tu. Bf/gf tu pon belum tentu lagi jadi suami/isteri yang sah bg kita kelak nanti.

Satu lagi trend terkini ialah upload gambar ala- ala modelling. Sekarang ni kebanyakan kaum hawa yang cantik or rasa dirinya agak2 cantik nak jadi model untuk photoshoot. Lepas da photoshoot banyak-banyak, terus upload dalam fb, bagi semua org tgk. Sepatutnya perhiasan diri tu hanya untuk tatapan lelaki bernama suami saja, bukan untuk orang lain. Kesian bakal suami nanti, sudahlah hantaran diletak tinggi, sebab dah x de apa yng istimewa khusus untuk tatapan dia sahaja, sebab orang lain semua dah menikmatinya lebih awal daripadanya. ;)

So, pesan aku yng x seberapa bagus ni terhadap diri aku sendiri, kalau boleh, kawal lah apa yang kita post dalam fb tu. Sebelum kita post, pikir dulu baik buruk, kesan dan akibat dari post kita tu terhadap diri kita, keluarga, kawan2 kita dan masyarakat sekeliling. Kita tidak boleh kata " Ahhh!, ni account fb aku, peduli apa aku nak tulis.....". Ini kerana kita hidup bermasyarakat, ada orang sekeliling, so kita kena mengambil kira semua perkara sebelum kita melakukan satu tindakan, barulah hidup lebih aman, harmoni dan tenteram.... (ayat cliche'...haha)

- Posted using BlogPress from my WorkPad

Location:Ofis aku, Serdang Raya

Monday, July 2, 2012

Selamat Pengantin baru :)





22 hb jun lepas, one of member gagak hitam dah selamat menamatkan zaman bujang beliau. Tahniah bro...:)

Majlis akad nikah pula selamat dijalankan dkt masjid jamek sungai aceh (Kalau x silap aku la..sorry x ingat). Dengan selafaz n senafas, sang pawaka selamat menjadi suami org...game over dude...haha (game over bagi zaman hangout malam2, ttpi game on bagi zaman hidup berkeluarga)

Semoga menjadi suami yg baik kpd isteri2 n anak-anak yg bakal dilahirkan kelak. Lepas ni da x boleh hangout malam2 dah yea...nk lepak pon lepak ngan bini je.... :)



Location:Penang, Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...