Pages

Tuesday, April 19, 2011

4 Tabit Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur..(hah..??!!)

Salam semua...firstly, nak mintak maaf sebab lama x update. Almaklumlah, semester ni semester last kat universiti, so banyak benda yang nak kena settle sehingga membuatkan diri ini Xited gila nak abes. Dulu pernah jugak ada hamba Allah ni cakap, semester last adalah semester paling relex skali. Gila! kalau jumpa mamat yang cakap tu memang gue lipat kuda satu dibelanjakan kepadanya.


Cerita hari ini, agak berkaitan jugak dengan intro kat atas. Macam yang gue cakap, semester last kan semester yang paling bz skali kan? okek. Dalam time bz-bz mcm ni, gue brani jamin, akan wujud satu golongan yang kadang - kadang tu lupa yang sebenarnya nasi itu adalah makanan ruji depa, bukannya buku, papan keyboard laptop, kertas report dan sebagainya lagi lah. Punyalah bz sampai baju kotor dah pakai 5 kali, dipakai nya lagi untuk kali ke- 6. (bau toksah cakap...bole ganti tuba ikan kot level dia).

keadaan yang bz ini jugak akan menyebabkan sesetengah orang tu mula mngabaikan sesetengah perkara yang bagi depa x penting sangat macam x bersukan, tido lewat dan sebagainya lah. ini memang tak dinafikan lagi sebab gue sendiri tercalon dalam kategori tersebut. sebab tu gua brani cakap. Tapi sebenarnya, tahukah kita dengan tido lewat, x bersenam dan sebagainya tu boleh memendekan lagi umur kita. hahaha!..tedia, cuak x dengar??

Antara perkara-perkara yang biasa budak bz ni abaikan ialah tido, melewatkan makan sarap, kurang bersenam, dan makan jajan (makanan ringan) malam-malam. 4 Kebiasaan ini la yang akan memperpendek umur seseorang. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, dia mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur seseorang itu. Cuba perhatikan setiap poin, jika kebiasaan itu anda selalu buat setiap hari, ini bermakna anda memang ada masalah dan perlu diperbetulkan dengan segera sebelum terlewat!.



1. Kurang tido (kerja banyak konon-kononya, padahal terbeliak layan muvi dan cerita korea)




Kajian menunjukkan tidur minimum 7-9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur yang cukup, metabolisme tubuh disusun or direset kembali. Ini juga menstabilkan keseimbangan berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.



2. Melewatkan sarapan




Cuba ingatkan, selama ini sudah slalu kita terburu-buru untuk pegi ke kuliah dan lupa untuk sarapan? Jika hampir setiap hari, better ubah kebiasaan buruk ini. Tubuh baru saja 'berpuasa' semalaman dan seharusnya mendapatkan balik tenaga di pagi hari. Agar tubuh kembali bertenaga, kita perlu bersarapan seimbang yang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Hati-hati, jika terbiasa tidak sarapan, tubuh anda akan mudah lemas dan tidak bersemangat. Anda akan tampak letih dan tua sebelum waktunya.



3. Tidak bersukan


Jika anda terpikir mendapatkan keseimbangan berat badan hanya through diet saja, konpem tak berjaya. Anda harus tetap perlu bersukan. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fizikal dan hormon yang diperlukan otot dan tulang, serta proses membakor lemak.



4. Mengambil Jajan, cekedis (makanan ringan) di malam hari




Kebiasaan kita melatih mulutntuk kunyah snek time malam sebelum tidur, akan menyebabkan penundaan pembakaran lemak yang juga boleh meningkatkan hormon stres sebelum tidur. Jadi, jika anda sudah makan malam yang mengandung makanan seimbang, tak perlu lagi gatal mulut nak kunyah apa-apa jajan sebelum tidur. :)
















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...