Pages

Friday, April 29, 2011

Happy Hour time....?

Sekadar Hiburan : )


gambar nie aku snap dari tingkat 3 library UTHM. Tengah khusyuk stady, terdengar plak suara riuh kat luar. Try selak bidai tingkap library, then aku trnmpak satu acara yg sgt sempoi sedang berlangsung...



Yeah!! betul seperti yg bermain dalam kpla otak kalian semua. Hahahaha.....

Sedang berlangsungnya perlawanan kriket liga pekerja buruh binaan universiti aku der. Dengan siap berkain pelikat, safety helmet, safty boot dan lain-lain, selambe jea diorang main. 4 team semuanya der. Time khusyuk aku usha diorang main then aku terpikir "x kerja ka mamat-mamat ni sekalian...?"




Oh! lupa...hari ni hari ahad laa.... -,-'




Thursday, April 28, 2011

GPS TRip : Jaybee~~




nice place. membe aku bawak datang lepak masa pegi ronda jaybee aritu. Release tensen katanya lepas present FYP. hahaha...sumpah aku cakap, sungguh x sangka aku ada jugak chiken chop yang harganya cuma 5 ringgit dekat area jaybee ni. Penang pon stended harga 7 ringgit wei. X jumpa lg aku yang harga 5 ringgit kat sana. Balik nie boley start cari kot. X)



Sambil-sambil menunggu juadah memasing sampai, sesi kutuk-mengutuk serta bahan-membahan berjalan dengan jayanya. Budak2 nie memang terkenal dengan idea2 bernas dalam mnganjing kawan-kawan nie. Actually, masing-masing tengah lapar ni. Tapi lapar tu hilang skjap sebab keseronokan kutuk2 org lebih tinggi daulatnya.



ini la rupanya chiken chop 5 ringgit tu. Baloi jgak la tunggu lama. Banyak jugak dia letak. Skali dengan minum, total semua aku kena 6 stengah jea. :)



Jalan-jalan di pasar karat sebentar. Window shoping jea pon. Tapi barang2 dia mmg banyak siot. Macam2 ada






Ending Kepada malam tu : Konfrm aa danga bay...;p


p/s : ngantok..mau tido...zzzzzZZzz

Tuesday, April 19, 2011

4 Tabit Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur..(hah..??!!)

Salam semua...firstly, nak mintak maaf sebab lama x update. Almaklumlah, semester ni semester last kat universiti, so banyak benda yang nak kena settle sehingga membuatkan diri ini Xited gila nak abes. Dulu pernah jugak ada hamba Allah ni cakap, semester last adalah semester paling relex skali. Gila! kalau jumpa mamat yang cakap tu memang gue lipat kuda satu dibelanjakan kepadanya.


Cerita hari ini, agak berkaitan jugak dengan intro kat atas. Macam yang gue cakap, semester last kan semester yang paling bz skali kan? okek. Dalam time bz-bz mcm ni, gue brani jamin, akan wujud satu golongan yang kadang - kadang tu lupa yang sebenarnya nasi itu adalah makanan ruji depa, bukannya buku, papan keyboard laptop, kertas report dan sebagainya lagi lah. Punyalah bz sampai baju kotor dah pakai 5 kali, dipakai nya lagi untuk kali ke- 6. (bau toksah cakap...bole ganti tuba ikan kot level dia).

keadaan yang bz ini jugak akan menyebabkan sesetengah orang tu mula mngabaikan sesetengah perkara yang bagi depa x penting sangat macam x bersukan, tido lewat dan sebagainya lah. ini memang tak dinafikan lagi sebab gue sendiri tercalon dalam kategori tersebut. sebab tu gua brani cakap. Tapi sebenarnya, tahukah kita dengan tido lewat, x bersenam dan sebagainya tu boleh memendekan lagi umur kita. hahaha!..tedia, cuak x dengar??

Antara perkara-perkara yang biasa budak bz ni abaikan ialah tido, melewatkan makan sarap, kurang bersenam, dan makan jajan (makanan ringan) malam-malam. 4 Kebiasaan ini la yang akan memperpendek umur seseorang. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, dia mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur seseorang itu. Cuba perhatikan setiap poin, jika kebiasaan itu anda selalu buat setiap hari, ini bermakna anda memang ada masalah dan perlu diperbetulkan dengan segera sebelum terlewat!.



1. Kurang tido (kerja banyak konon-kononya, padahal terbeliak layan muvi dan cerita korea)




Kajian menunjukkan tidur minimum 7-9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur yang cukup, metabolisme tubuh disusun or direset kembali. Ini juga menstabilkan keseimbangan berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.



2. Melewatkan sarapan




Cuba ingatkan, selama ini sudah slalu kita terburu-buru untuk pegi ke kuliah dan lupa untuk sarapan? Jika hampir setiap hari, better ubah kebiasaan buruk ini. Tubuh baru saja 'berpuasa' semalaman dan seharusnya mendapatkan balik tenaga di pagi hari. Agar tubuh kembali bertenaga, kita perlu bersarapan seimbang yang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Hati-hati, jika terbiasa tidak sarapan, tubuh anda akan mudah lemas dan tidak bersemangat. Anda akan tampak letih dan tua sebelum waktunya.



3. Tidak bersukan


Jika anda terpikir mendapatkan keseimbangan berat badan hanya through diet saja, konpem tak berjaya. Anda harus tetap perlu bersukan. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fizikal dan hormon yang diperlukan otot dan tulang, serta proses membakor lemak.



4. Mengambil Jajan, cekedis (makanan ringan) di malam hari




Kebiasaan kita melatih mulutntuk kunyah snek time malam sebelum tidur, akan menyebabkan penundaan pembakaran lemak yang juga boleh meningkatkan hormon stres sebelum tidur. Jadi, jika anda sudah makan malam yang mengandung makanan seimbang, tak perlu lagi gatal mulut nak kunyah apa-apa jajan sebelum tidur. :)
















Monday, April 18, 2011

Satu kisah Cinta Biasa......




Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya....



3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?" dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.
Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.
Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

moral:

terima lah seseorg tu seadanya ...jangan terlalu mengharap yg luar biasa darinya kelak kita jua yg kan kecewa.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...