Pages

Saturday, December 24, 2011

Alhamdulilahh



Alhamdulilah, selamat sudah majlis konvokesyen UTHM kali ke 11, bermakna secara rasminya juga aku bergelar graduan dan alumni UTHM. :) 

Banyak kenangan di universiti ni.  Nostalgia bersama kawan-kawan. Susah-senang bersama-sama. Ada yang berjaya, dan tak kurang juga ada yang kandas. Yang pasti, pengalaman yang diperolehi d zaman bergelar mahasiswa akan djadikan panduan dan iktibar untuk menempuhi hari-hari mendatang...




jutaan terima kasih juga aku ucapkan kpd pensyarah-pensyarah yg banyak membntu walaupun terdapat segelintir darinya tidak membantu pon. Juga jutaan trimass kepada Mr Alirezaa, lecturer EMG yg sangat membantu aku walaupun dalam satu sem brapa kali je dia jumpa muka aku...haha.... 



Thanks All....may we meet again someday...Insyallah :)




Monday, October 10, 2011

Tasik Meromiktik (Taman Negara Pulau Pinang)


TELUK BAHANG (P.Pinang), 2 Julai (Bernama) --


Pernah dengar mengenai tasik Meromiktik?

                                                          

Sebuah buku geografi menjelaskan ia sebagai fenomena bermusim yang berlaku apabila beting pasir terjadi berhampiran pantai berikutan tindakan angin dan ombak yang kerap. Beting pasir ini akan menghalang pergerakan air laut yang dibawa bersama ombak yang besar, hingga membentuk lagun bermusim, yang kemudian terjadinya tasik Meromiktik. Pegawai Jabatan Perlindungan Kehidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang, Nurul Azura Mohd Naim, menjelaskan bahawa tasik Meromiktik di Pantai Kerachut dekat sini juga dikenali sebagai tasik bermusim yang terjadi hanya pada peralihan musim monsun Timur Laut (November-Mac) dan angin monsun Barat Daya (Mei-September).


"Tasik Meromiktik mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan, air laut yang lebih berat akan berada di lapisan bawah manakala air tasik akan berada di bahagian atas. Air laut dan tasik tidak boleh bercampur, kalau berada di dalamnya kita akan dapat rasa di bahagian bawah panas dan atas sejuk,"


katanya kepada pemberita ketika lawatan ke tasik itu baru-baru ini.

DUA SUHU BERBEZA


Beliau berkata, beting pasir terbentuk sepenuhnya pada 1 Mei lepas, bagaimanapun strukturnya tidak kuat dan tidak digalakkan untuk berdiri di kawasan itu kerana ia boleh runtuh dan mendatangkan bahaya. Menurut Nurul Azura, di Malaysia hanya Pantai Kerachut sahaja yang mempunyai Tasek Meromiktik dan sebuah lagi di Australia.


"Tasik bermusim di Pantai Kerachut ini amat popular hinggakan ramai yang datang tidak melepaskan peluang untuk mandi dan merasai dua suhu yang berbeza dalam sebuah tasik pada masa yang sama," katanya.


Nurul Azura berkata, tasik itu hampir kering selepas berakhirnya musim peralihan kerana air laut mengalir semula ke laut menerusi alur yang terbentuk pada beting pasir.

                                                                  

"Selepas berakhir musim, tasik hanya dipenuhi dengan air tawar sahaja," katanya.


Tasik Meromiktik di Pantai Kerachut dengan keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang. Tasik Meromiktik di Malaysia adalah yang kedua selepas Australia. Selain Australia, dikatakan sebuah tasik yang serupa juga terdapat di Black Sea, kata Nurul.


DUA JALAN


Untuk sampai ke Tasik Meromiktik, Pantai Kerachut, pengunjung boleh mengikuti jalan darat yang mengambil masa kira-kira satu jam 30 minit, yang turut menjanjikan kepuasan kerana suasana nyaman dan dingin di hutan yang hijau. Sambil berjalan pengunjung juga berpeluang mengenali spesies tumbuh-tumbuhan dan pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan taman negara itu. Bagi yang gemarkan cabaran ombak di laut luas boleh memilih untuk menaikki bot, yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Melalui jalan laut, pengunjung bukan sahaja akan teruja dengan lambungan ombak malahan berpeluang menyaksikan sendiri batu yang berbentuk buaya dan batu penyu. Batu berbentuk kepala buaya yang kelihatan sedang 'berehat' itu mengundang pelbagai persoalan, bagaimanapun tiada siapa yang tahu 'mitos' di sebaliknya. Begitu juga dengan batu penyu yang berada tidak jauh dari batu buaya, seakan ada cerita tetapi tiada sumber sahih untuk mengungkap 'mitos' dan 'misteri' yang tersembunyi di situ. Bagi pengunjung yang datang melalui laluan laut juga sesekali akan berpeluang melihat sekawan helang putih terbang berpasangan di sepanjang pesisir. Keriangan helang itu seakan menyambut kedatangan pengunjung ibarat ucapan 'selamat datang'. Bukan itu sahaja jika 'bertuah' pengunjung juga akan berpeluang menyaksikan penyu mendarat dan bertelur.

                                                    


BAY OF GLOWING AMBER

                                                     Matahari terbenam di pantai kerachut

Taman Negara Pulau Pinang, yang terletak di daerah Barat Daya berhadapan dengan Selat Melaka, adalah taman negara yang pertama diwujudkan di bawah Akta Taman Negara 1980. Setelah diwartakan pada 10 April 2003 Taman Negara Pulau Pinang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan, jumlah keseluruhan keluasannya ialah 2,562.983 hektar merangkumi keluasan darat 1,181.949 hektar dan laut 1,381.041 hektar. Taman Negara Pulau Pinang terdiri daripada lima jenis habitat, ia juga terkenal dengan jolokan 'Bay of Glowing Amber' kerana pemandangan yang menarik pada waktu senja yang berlainan pada setiap hari. Keindahan waktu senja, ketika matahari 'merehatkan' diri membiaskan remang merah di kaki langit, dialun dengan bunyi ombak menghempas pantai sekaligus melapangkan fikiran. Pantai Kerachut bukan sahaja unik dengan adanya Tasik Meromiktik, tetapi juga pasirnya yang seakan kristal dan membiaskan kilauan cahaya pada waktu malam. Tidak seperti pasir di mana-mana pantai, pasir di Pantai Kerachut tidak melekit pada kulit.

                                                           Kawasan Taman negara Pulau Pinang


Terdapat dua pintu masuk untuk sampai ke Taman Negara Pulau Pinang. Jika pengunjung memilih laluan darat mereka berpeluang melawat rumah api di Muka Head, yang dibina pada 1883 dengan ketinggian 227 meter dari paras laut. Rumah api itu masih berfungsi sehingga hari ini, terletak di Pantai Teluk Duyung, dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Laut. Pintu kedua terletak di Kuala Sungai Pinang di daerah Balik Pulau, melalui pintu kedua pengunjung tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menggunakan bot pelancong yang tersedia. Dalam keadaan dunia hari ini yang semakin terancam dan kebanyakan spesies flora dan fauna yang kian pupus, menjaga khazanah alam yang tinggal merupakan tanggungjawab bersama. Anugerah Tuhan yang tiada nilainya itu adalah amanah kepada manusia untuk terus memeliharanya bagi tatapan generasi akan datang. Kerakusan manusia yang mementingkan diri sendiri dengan mengaut keuntungan daripada khazanah hutan dan bumi hanya akan membawa musibah. Sebelum alam menghamburkan rasa 'marah', peliharalah keindahan khazanah alam untuk kestabilan ekosistem dan fitrah kehidupan makhluk Tuhan.


-- BERNAMA
P/s : Proud to be penangites....Love my lovely Penang :)

Sunday, October 9, 2011

Mari belajar loghat utara

Nak blajar cakap utara..? buat ayat sendiri menggunakan perkataan-perkataan dibawah....

Slamat Mencuba... :)


1.Qhe-ngau = cakar
2. Se-qheyat = reda/ surut
3. Hambat = kejar
4. Pe-qhembang = tengok dgn sesungguh hati
5. Contiang = lukis / tulis tah apa-apa
6. Ligan = kejar
7. Cemuih = bosan/jemu
8. Tokak = gigit besar
9. Gey-qhek = basikal
10. Gon/gaun = cerun (bukit kecil)
11. Belemoih = comot/ kotor
12. Tetomoih = tersungkor
13. Ku-tey = cubit
14. Tak dan = tak sempat
15 Hebiaq = celupar
16. Maneh melecaih = tersangat manis
17. Lencun = basah
18. Lokoih = basah kuyup
19. Kawaq = pencuri
20. Kanyaq = mentah (berhingus)
21. Ketegaq = degil
22. He-qhot petot = senget benget
23. Me-qhela = gatal
24. Log laq = cemekap/ cuai
25. Hawing = pusing
26. Punggai = baling/ lempar
27. Tengalong = tuju/ baling
28. Me-qhe-kah = Kupas/ koyak / merekah
29. Ayaq achaq = air longkang
30 . Ha-qhin = hancing
31. Kelepiaq = melibas
32. Kelolo = "tak berapa betoi" / suka buat jokes
33. Hemoi = "muka tak malu"
34. Me-qhe-nyeh = menggatal
35. Dak-aih = tak "matching" / tak mau
36. Hapak pera'e = bau hapak
37. Hijau me-qhe-ngak = telalu "hijau"
38. Celuih = muat
39. Me-qhelit me-qhelap = berkilau- kilau
40. Me-qhe-yup = jauh/ sayup / nak malam
41. Qhem-pang = "tergedik-gedik"
42. Kampoi = kumpul/ kaut
43. Je-qhang = rebus
44. Capoi = celupar
45. Te-qhe-bey = lastik
46. Melo-qhoih = lucut/ gelongsor
47. Me-qho-not = membongkok
48. Sene-qheh = selisih
49. Be-qha-chaq = comot/ kotor
50. Qhembang = gemuk / merembang
51. Pedo = hati-hati
52. Peqhusah = urus
53. Hapuih = tenggelam (lemas)
54. Qhan-dok = redah
55. Se-ghoh = kebah/ kurus
56. Qhen-jong = tinggi lampai
57. Pe-qho-ngoih = panas baran
58. Takek = ketuk/potong
59 Be-qhemba = bersaing/ lumba
60. Qhe-tiaq = ikhtiar/ fikir
61. Ge-qhet = gigit
62. Tahaq = tahan
63. Qha-gaih = panjat
64. Melewaq = merayau
65. Melahaq = kebulur
66. Qha-bat. = naik/panjat
67. Qhim-bok = belasah
68. Mengkelai = berkelahi
69. Cuak = seram / tak sedap hati
70. Juih = mulut muncung
71. Melilau = terhoyong hayang / berjalan-jalan
72. Qhodong = melulu
73. Qhedah = redah
74. Ayaq seqhebat = air sirap
75. Peqhasat = sangat dengki
76. Mandom = lembap / lambat
77. Ceqhoi = sangat cair / lekeh ( untuk anak muda )
78. Tepok = lumpuh / tampar
79. Qha-bit = terkoyak / pecah ( untuk kaca )
80. Kok-ko = dukung
81. Mai = mari
82. Terple'ot = terseliuh
83. Gomoi = bergaduh/ bergusti
84. Ketit = cubit / kena gigit serangga
85. Ga-qhet = gatal/ mengada-ada khas utk pompuan
86. Nala = tersangat / besar
87. Mang-kark = buah tak masak / perangai tak elok
88. Bergenuak = berduyun- duyun / ramai
89. Pediah = habuan
90. Polok = makan penuh mulut
91. Tey-liang = senget / memandang dgn pandangan sisi
92. Qhe-ling = jeling
93. Peng-kaq = kaki tempang
94. Me-qhe-nyut = serabut ( cacing @ semut )
95. Kesot = alih mengesot
96. Lanyau = bersihkan / sejenis binatang kecil
97. Cempong = angkat/ dukung
98. Lekaq = lapik periuk dibuat dari lidi
99. Conek = ekor
100. Depa = mereka
101. Qha-let = leka/cuai
102. Cey-mey = Mata bengkak dek kena pukul / free
103. Bakup = mata layu / mata bengkak
104. Katok = ketuk/pukul
105. Buah ce-qhe-mai = buah cermai
106. Buah qhe-yang-dot = buah keriang besar kat kampung2 dikedah!
107. Ikan ka-qhen. = ikan laga
108. Bijik qhe-mia = warna keunguan
109. Ikan temenung = ikan kembong
110. Sendai = ketatkan/ kemaskan / selak/lapet


P/s : Ada jugak sesetengah perkataan yang aku sendri x pernah dengar...hahaha....

Friday, October 7, 2011

Ketahui Buah-buahan yang anda makan



Label Buah yang lazim
Empat angka dimulai dengan nombor

Label buah organik
Lima angka dimulai dengan nombor 9

Label buah yang diubahsuai dari segi genetik
Bermula dengan nombor 8


Jadi, pada masa hadapan jika anda pergi membeli-belah, ingat nombor-nombor kritikal ini dan tahu bagaimana untuk mengelakkan pembelian buah-buahan GMO.


Berbelanjalah dengan selamat


Ini adalah penting bagi anda untuk mengetahuinya kerana kedai-kedai tidak diwajibkan untuk memberitahu pengguna jika buah tersebut telah diubahsuai secara genetik.


Jadi jika anda terjumpa epal di kedai dengan label 4922, itu adalah satu epal konvensional (biasa) yang ditanam dengan racun herba dan baja.


Jika anda terjumpa epal di kedai dengan label 99222, ianya organik dan selamat untuk dimakan.


Jika anda terjumpa epal di kedai dengan label 89222, dinasihatkan jangan beli!!!! Ini kerana ianya telah diubahsuai secara genetik - Genetically Modified (GMO).




 

Friday, September 30, 2011

Cari Kucing Tersembunyi





Sila cari seekor kucing didalam gambar ini. Uji kebolehan mata anda!   :)

Floating Library "Logos Hope"

Last week, aku bawak membe aku yang datang melawat sekitar Pulau Mutiara ni jalan-jalan dekat area Padang Kota. Maybe nasib aku agak bertuah, dekat2 jeti Port tu ada satu kapal yang agak istimewa sikit berlabuh iaitu kapal Logos Hope. Apa yang istimewanya kapal ni, ianya diberi nama timangan "Floating library" dan antara yang terbesar skali. 




Kapal ni diatas dia banyak la buku-buku n cendramata yg ada dijual.  Bermacam2 jenis. Daripada buku masakan, Atlas dunia, buku2 motivasi, kanak2 sehinggalah ke buku2 keagamaan (Kbnyakan Bible lah, Stended kapal mubaligh.. :)) Kapal ni berlabuh selama sebulan kalau x salah aku dan kebetulan hari yang aku pegi tu, last day dia port kat Penang sebelum kapal ni meneruskan kembali perlayaran dia mengelilingi satu dunia. Yuran masuk x mahal pun, cuma RM 1.00 saja. 




Aku x sempat nak snap gambar interior kapal ni sebab ramai sangat. Dah macam market Batu Lanchang la pulak keadaanya. Lain kali kalau kapal ni mai lagi penang, aku snap oke..?

Thursday, September 29, 2011

Penamat satu fasa kehidupan...~


Senarai Dah keluar..! Finally...Congratz to all bakal graduan majlis Konvokesyen ke-11, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia...:)



Graduan yang ke 169...haha..kira ok la tu...daripada 465 org... :)

Sunday, May 1, 2011

Makhluk Tuhan paling Comel

Masa match Champion's League aritu, kucing nie sebok jaa nak lepak tepi aku sambil tgk Barcelona tapau Real Madrid.



Comel gila. X paham aku kadang-kadang manusia ni yang sanggup sepak trajang apetah lagi bunuh makhluk ni. Kalau aku, siyes aku x sanggup. isk3...



p/s : Aku pencinta kucing yg comel2 saja...hohohoho

Friday, April 29, 2011

Happy Hour time....?

Sekadar Hiburan : )


gambar nie aku snap dari tingkat 3 library UTHM. Tengah khusyuk stady, terdengar plak suara riuh kat luar. Try selak bidai tingkap library, then aku trnmpak satu acara yg sgt sempoi sedang berlangsung...



Yeah!! betul seperti yg bermain dalam kpla otak kalian semua. Hahahaha.....

Sedang berlangsungnya perlawanan kriket liga pekerja buruh binaan universiti aku der. Dengan siap berkain pelikat, safety helmet, safty boot dan lain-lain, selambe jea diorang main. 4 team semuanya der. Time khusyuk aku usha diorang main then aku terpikir "x kerja ka mamat-mamat ni sekalian...?"




Oh! lupa...hari ni hari ahad laa.... -,-'




Thursday, April 28, 2011

GPS TRip : Jaybee~~




nice place. membe aku bawak datang lepak masa pegi ronda jaybee aritu. Release tensen katanya lepas present FYP. hahaha...sumpah aku cakap, sungguh x sangka aku ada jugak chiken chop yang harganya cuma 5 ringgit dekat area jaybee ni. Penang pon stended harga 7 ringgit wei. X jumpa lg aku yang harga 5 ringgit kat sana. Balik nie boley start cari kot. X)



Sambil-sambil menunggu juadah memasing sampai, sesi kutuk-mengutuk serta bahan-membahan berjalan dengan jayanya. Budak2 nie memang terkenal dengan idea2 bernas dalam mnganjing kawan-kawan nie. Actually, masing-masing tengah lapar ni. Tapi lapar tu hilang skjap sebab keseronokan kutuk2 org lebih tinggi daulatnya.



ini la rupanya chiken chop 5 ringgit tu. Baloi jgak la tunggu lama. Banyak jugak dia letak. Skali dengan minum, total semua aku kena 6 stengah jea. :)



Jalan-jalan di pasar karat sebentar. Window shoping jea pon. Tapi barang2 dia mmg banyak siot. Macam2 ada






Ending Kepada malam tu : Konfrm aa danga bay...;p


p/s : ngantok..mau tido...zzzzzZZzz

Tuesday, April 19, 2011

4 Tabit Buruk Yang Menyebabkan Pendek Umur..(hah..??!!)

Salam semua...firstly, nak mintak maaf sebab lama x update. Almaklumlah, semester ni semester last kat universiti, so banyak benda yang nak kena settle sehingga membuatkan diri ini Xited gila nak abes. Dulu pernah jugak ada hamba Allah ni cakap, semester last adalah semester paling relex skali. Gila! kalau jumpa mamat yang cakap tu memang gue lipat kuda satu dibelanjakan kepadanya.


Cerita hari ini, agak berkaitan jugak dengan intro kat atas. Macam yang gue cakap, semester last kan semester yang paling bz skali kan? okek. Dalam time bz-bz mcm ni, gue brani jamin, akan wujud satu golongan yang kadang - kadang tu lupa yang sebenarnya nasi itu adalah makanan ruji depa, bukannya buku, papan keyboard laptop, kertas report dan sebagainya lagi lah. Punyalah bz sampai baju kotor dah pakai 5 kali, dipakai nya lagi untuk kali ke- 6. (bau toksah cakap...bole ganti tuba ikan kot level dia).

keadaan yang bz ini jugak akan menyebabkan sesetengah orang tu mula mngabaikan sesetengah perkara yang bagi depa x penting sangat macam x bersukan, tido lewat dan sebagainya lah. ini memang tak dinafikan lagi sebab gue sendiri tercalon dalam kategori tersebut. sebab tu gua brani cakap. Tapi sebenarnya, tahukah kita dengan tido lewat, x bersenam dan sebagainya tu boleh memendekan lagi umur kita. hahaha!..tedia, cuak x dengar??

Antara perkara-perkara yang biasa budak bz ni abaikan ialah tido, melewatkan makan sarap, kurang bersenam, dan makan jajan (makanan ringan) malam-malam. 4 Kebiasaan ini la yang akan memperpendek umur seseorang. Seorang pakar kesihatan, JJ Virgin, dia mengenalpasti empat kebiasaan sehari-hari yang buruk yang boleh menyebabkan pendek umur seseorang itu. Cuba perhatikan setiap poin, jika kebiasaan itu anda selalu buat setiap hari, ini bermakna anda memang ada masalah dan perlu diperbetulkan dengan segera sebelum terlewat!.



1. Kurang tido (kerja banyak konon-kononya, padahal terbeliak layan muvi dan cerita korea)




Kajian menunjukkan tidur minimum 7-9 jam sehari sangat penting bagi kesihatan. Dengan tidur yang cukup, metabolisme tubuh disusun or direset kembali. Ini juga menstabilkan keseimbangan berat badan, meningkatkan hormon pertumbuhan dan menyembuhkan kelenjar adrenal.



2. Melewatkan sarapan




Cuba ingatkan, selama ini sudah slalu kita terburu-buru untuk pegi ke kuliah dan lupa untuk sarapan? Jika hampir setiap hari, better ubah kebiasaan buruk ini. Tubuh baru saja 'berpuasa' semalaman dan seharusnya mendapatkan balik tenaga di pagi hari. Agar tubuh kembali bertenaga, kita perlu bersarapan seimbang yang mencakupi protein, lemak, dan karbohidrat sebelum melakukan apa-apa kegiatan. Hati-hati, jika terbiasa tidak sarapan, tubuh anda akan mudah lemas dan tidak bersemangat. Anda akan tampak letih dan tua sebelum waktunya.



3. Tidak bersukan


Jika anda terpikir mendapatkan keseimbangan berat badan hanya through diet saja, konpem tak berjaya. Anda harus tetap perlu bersukan. Sukan sangat penting untuk merangsang respon fizikal dan hormon yang diperlukan otot dan tulang, serta proses membakor lemak.



4. Mengambil Jajan, cekedis (makanan ringan) di malam hari




Kebiasaan kita melatih mulutntuk kunyah snek time malam sebelum tidur, akan menyebabkan penundaan pembakaran lemak yang juga boleh meningkatkan hormon stres sebelum tidur. Jadi, jika anda sudah makan malam yang mengandung makanan seimbang, tak perlu lagi gatal mulut nak kunyah apa-apa jajan sebelum tidur. :)
















Monday, April 18, 2011

Satu kisah Cinta Biasa......




Suami saya adalah seorang jurutera. Saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya....



3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya.
Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?" dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih. Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya, "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada satu soalan. Kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya.
Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor. Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi. Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang.
Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

moral:

terima lah seseorg tu seadanya ...jangan terlalu mengharap yg luar biasa darinya kelak kita jua yg kan kecewa.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...