Pages

Monday, May 31, 2010

Kisah seram 1 : Menatang Apa tue? Part 1

Suatu hari, sama seperti hari-hari yang lain. macam biasa, bulan tue aku cuti semester U, so xtvt aku untuk 2 bulan lebey nie boleh kata hari-hari sama. Rutin harian aku yang x pernah miss nyer hari-hari iaitu bangun tido pukul 12 tgh hari, nasib baik mak aku keja hari ni. Kalau x, dah berdentum-dentum pintu bilik aku kena muay thai ngan mak aku sebab nak kejut aku ja. Beli nasi bungkus atau ambil adik aku balik dari sekolah. Bagaikan dah terset dalam kepala otak aku, sharp pkul 12 ja aku pon bangun. Kebetulan hari tu hari rabu. n special nya hari rabu nie adalah, panggung wayang kat megamal perai tue harga tiket just RM 5.00 ringgit ja. Megamall perai ni lokasi yang slalu aku dan kawan2 aku lepak dn buat macam2 xtvt lah dari main game Tekken 6 berjam-jam sampai lah ke tengok wayang, bowling, futsal dan lain-lain....


kebetulan, time tu seorang kawan aku, am (amxtrojan) ajak aku tgk wayang. tgk cerita hantu katanya. si Am ni memang penggila cerita hantu. Slalunya kalau dia nak tgk cerita hantu ke apa ke, memang dia ajak aku punya. Aku pun minat la jgak cerita hantu nie. So aku pon on ajelah bila si am ni ajak aku tgk wayang.

Satu lagi halnya, kami slalu tgk cerit hantu nie time show yg paling last skali. kira midnight show la jgak. Kadang aku tnya la jgak dia pehal slalu tengok cerita hantu malam-malam cm nie.

"Nak dapat feel lebih...." kata dia smbil tersengih-sengih....

"Feel la sangat kawan.kang hang balik koskam nanti rasa berat jaa moto kt blakang padan muka....sedaq2 ja tangan dia dua2 kat perot hang dok peluk dr blakang..." Cubaan aku untuk goyahkan pendirian am.

Ternyata pendirian am mmg x goyah. Failed usaha aku. Aku pun da x ingat tajuk cerita hantu yang kami tgk malam tue ( Am, kalo hang baca entry nie, komen sikit tajuk movi yg kita tgk tu. aku x ingat da). Kira stailo jgak lah cerita hantu yang kami tgk tu. Agak meningalkan kesan kat jiwa masing-masing. Bila dah habis wayang tue, kami pon lepak lah kat satu port yg terletak sebelah highway Utara-selatan exit sungai dua ( Highway corner ). Roti canai dia sempoi weh..

aku n am lepak situ kira lama jugak la. dari pukul 1 pagi sampai pukul berapa tah aku pon x ingat. orang lain sedap-sedap tido peluk bini or bantal busuk masing2, kami pulak sedap bertukar story pasal alam ghaib nie. Cerita hantu or seram ni jgn dibuat main coz lagi dicerita, lagi best la jadinya. tambah pulak ada yang open story baru. kira 2-2 orang ni jenis kipas-susah mati cerita hantu la. memang boley nye kami tibai marathon story seram sampai berjam2 kat kedai tu.

dalam masa turn am tengah story2, aku pon mata melilau lah menikmati pemandangan awal pagi di sekitar tempat tu. Tenang, udara nyaman maklumlah kawasan kampung. n waktu cerita hantu am tu hampir mencapai klimaksnya, aku terpandang satu cahaya yang bermain-main atas pokok yang bertentangan dengan port yang kami lepak tu. cahaya yang samar-samar mulanya membuatkan aku pikir yang pantulan lampu dari mana2 tah sumbernya. Tapi bila makin diamati, makin curious n makin gabra aku tgk cahaya tu. Seolah-olah cahaya tu tengah main acilot ngan aku (Acilot - Sejenis permainan "Hide n Seek"). Tergamam jugak aku tengok cahaya tu. Sekejap-sekejap ada, sekejap2 dia sembunyi di sebalik daun-daun pokok. Makin diamati, makin cahaya tu x menyerupai pantulan lampu jalan sebab cahaya tu warna putih ke-kelabuan sikit!

"ahh..sudahh!!! main-main plak dengan aku!!!..." kata aku dlm hati yang agak goyah n gabra...

"Haree aa...hang dok tengok apa? penat aku sembang dengan tunguii kayu..."

kata am yang hangin sebab aku x bg konsentrasi kat cerita dia, lantas memandang ketempat yang aku sendiri terTukul melihat....

agaknya lebey kurang 5 saat kut kami 2 orang terdiam tengok atas pokok tue sambil didalam otak masing-masing sure punya aku gerenti terpikir macam-macam punye kesimpulan sendiri.

Tiba-tiba am memecah keheningan meja kami tue...

"Menatang apa tue wehh..??!".......dengan selambe am menegur...

"harey weh!! ang p teguq wat apa!!...." hambik sebijik kata-kata bernas dari aku..


Bersambung....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...