Pages

Sunday, November 21, 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi



Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia
akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.






Renung2kan...dan selamat beramal...;)


Saturday, November 20, 2010

Apabila Kreativiti Menguasai diri...

















Guna Pecungkil Gigi Je pon....Tabekk!!

Thursday, November 18, 2010

Lelaki Kacak Itu


Rasulullah S.A.W bersabda : "Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah....

Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi......



Ingatlah teman-teman, dunia hanya sementara, akhirat jua tempat yang kekal selama2nya

Lagi Kekuasaan Allah


Maybe bg sesetengah org, gambar nie dah lama dalam tenet, tapi aku nak share jugak sebab kemungkinan ada sesetengah lagi yang x penah lg tgk gambar2 nie n salah sorangnya adalah aku..huk3...Gmbar ni ada org yg send Email kat aku ntuk tatapan bersama...

Dipetik dari kandungan E-mail tersebut :-

Sesekali kita lihat kebesaran Allah di mana2. Baru2 ini ada kawan2 post kt facebook gambar pokok berbentuk tulisan Allah di sebelah masjid Sungai Masin, Batang Kali..
Dekat je dengan kita.. So, saye pun pegi la tengok sendiri.. Dan ambil gambar ni untuk di kongsi bersama..

Lihat pada ranting pokok dekat kubah tu..





Wednesday, November 17, 2010

Kecantikan Lelaki, Kegagahan Wanita

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan....



Smallville??

Setelah beribu tahun lamanya, saintis barat baru-baru ini menemui sebuah gua yang letaknya jauh di bawah tanah yang komposisi utamanya terdiri daripada batuan-batuan kristal gergasi. Seperti dikatakan saintis, pasak-pasak ini hanyalah mukadimah sahaja kerana dikatakan lagi banyak pasak-pasak akan ditemui. Kristal gergasi paling tinggi ialah 10 meter. Bayangkan saiz kristal yang belum dijumpai lagi. Gambaran ini tak ubah seperti rumah Superman dalam filem-filem mahupun cerita drama Smallville. Apa-apa pun, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam.













Kuasa Allah S.W.T....


Thursday, June 3, 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri....




Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi.

Kita selalu bertindak kasar walaupun sesama manusia sendiri... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?!!".. jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat."... ia merayu.

"Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".....

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ.

"Itu abang saya , dia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya."...

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Dengan rasa syukur, anak kecil itu berkata..

"Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat"....

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut
menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya....

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan secebis perhatian dari kita.. .




Sekadar Hiasan


Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya...

Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara...

Sekadar Iktibar.......



Monday, May 31, 2010

Kisah seram 1 : Menatang Apa tue? Part 1

Suatu hari, sama seperti hari-hari yang lain. macam biasa, bulan tue aku cuti semester U, so xtvt aku untuk 2 bulan lebey nie boleh kata hari-hari sama. Rutin harian aku yang x pernah miss nyer hari-hari iaitu bangun tido pukul 12 tgh hari, nasib baik mak aku keja hari ni. Kalau x, dah berdentum-dentum pintu bilik aku kena muay thai ngan mak aku sebab nak kejut aku ja. Beli nasi bungkus atau ambil adik aku balik dari sekolah. Bagaikan dah terset dalam kepala otak aku, sharp pkul 12 ja aku pon bangun. Kebetulan hari tu hari rabu. n special nya hari rabu nie adalah, panggung wayang kat megamal perai tue harga tiket just RM 5.00 ringgit ja. Megamall perai ni lokasi yang slalu aku dan kawan2 aku lepak dn buat macam2 xtvt lah dari main game Tekken 6 berjam-jam sampai lah ke tengok wayang, bowling, futsal dan lain-lain....


kebetulan, time tu seorang kawan aku, am (amxtrojan) ajak aku tgk wayang. tgk cerita hantu katanya. si Am ni memang penggila cerita hantu. Slalunya kalau dia nak tgk cerita hantu ke apa ke, memang dia ajak aku punya. Aku pun minat la jgak cerita hantu nie. So aku pon on ajelah bila si am ni ajak aku tgk wayang.

Satu lagi halnya, kami slalu tgk cerit hantu nie time show yg paling last skali. kira midnight show la jgak. Kadang aku tnya la jgak dia pehal slalu tengok cerita hantu malam-malam cm nie.

"Nak dapat feel lebih...." kata dia smbil tersengih-sengih....

"Feel la sangat kawan.kang hang balik koskam nanti rasa berat jaa moto kt blakang padan muka....sedaq2 ja tangan dia dua2 kat perot hang dok peluk dr blakang..." Cubaan aku untuk goyahkan pendirian am.

Ternyata pendirian am mmg x goyah. Failed usaha aku. Aku pun da x ingat tajuk cerita hantu yang kami tgk malam tue ( Am, kalo hang baca entry nie, komen sikit tajuk movi yg kita tgk tu. aku x ingat da). Kira stailo jgak lah cerita hantu yang kami tgk tu. Agak meningalkan kesan kat jiwa masing-masing. Bila dah habis wayang tue, kami pon lepak lah kat satu port yg terletak sebelah highway Utara-selatan exit sungai dua ( Highway corner ). Roti canai dia sempoi weh..

aku n am lepak situ kira lama jugak la. dari pukul 1 pagi sampai pukul berapa tah aku pon x ingat. orang lain sedap-sedap tido peluk bini or bantal busuk masing2, kami pulak sedap bertukar story pasal alam ghaib nie. Cerita hantu or seram ni jgn dibuat main coz lagi dicerita, lagi best la jadinya. tambah pulak ada yang open story baru. kira 2-2 orang ni jenis kipas-susah mati cerita hantu la. memang boley nye kami tibai marathon story seram sampai berjam2 kat kedai tu.

dalam masa turn am tengah story2, aku pon mata melilau lah menikmati pemandangan awal pagi di sekitar tempat tu. Tenang, udara nyaman maklumlah kawasan kampung. n waktu cerita hantu am tu hampir mencapai klimaksnya, aku terpandang satu cahaya yang bermain-main atas pokok yang bertentangan dengan port yang kami lepak tu. cahaya yang samar-samar mulanya membuatkan aku pikir yang pantulan lampu dari mana2 tah sumbernya. Tapi bila makin diamati, makin curious n makin gabra aku tgk cahaya tu. Seolah-olah cahaya tu tengah main acilot ngan aku (Acilot - Sejenis permainan "Hide n Seek"). Tergamam jugak aku tengok cahaya tu. Sekejap-sekejap ada, sekejap2 dia sembunyi di sebalik daun-daun pokok. Makin diamati, makin cahaya tu x menyerupai pantulan lampu jalan sebab cahaya tu warna putih ke-kelabuan sikit!

"ahh..sudahh!!! main-main plak dengan aku!!!..." kata aku dlm hati yang agak goyah n gabra...

"Haree aa...hang dok tengok apa? penat aku sembang dengan tunguii kayu..."

kata am yang hangin sebab aku x bg konsentrasi kat cerita dia, lantas memandang ketempat yang aku sendiri terTukul melihat....

agaknya lebey kurang 5 saat kut kami 2 orang terdiam tengok atas pokok tue sambil didalam otak masing-masing sure punya aku gerenti terpikir macam-macam punye kesimpulan sendiri.

Tiba-tiba am memecah keheningan meja kami tue...

"Menatang apa tue wehh..??!".......dengan selambe am menegur...

"harey weh!! ang p teguq wat apa!!...." hambik sebijik kata-kata bernas dari aku..


Bersambung....


Saturday, May 29, 2010

~..Movie review : Prince Of Persia..~




baru tat sat tadi pukul 9.30 aku n the X-TARP nyer bebudak p tgk satu movie yg mana aku memang agak tungu-tungu dari dulu lagi...tajuk dia Prince Of Persia : Sand Of time....asal-usul prince of persia ni pulak kalau hangpa semua nak tau, mula diadaptasikan daripada game komputer zaman dulu-dulu...

haha..aku rasa kebanyakan budak lelaki semua tau kot game tue..pompuan maybe x taw sebab lumrah budak pompuan nie, depa x suka sgt main game2 macam tue....kebanyakan yang aku taw, budak2 laki jaa yang minat game2 macam tue...maybe kot ada budak pompuan yang main jugak, tapi possibilities dia tue maybe kecik sangat kot...



ok, berbalik pada cerita nie, cerita nie mengisahkan pasal ada sorang mamat nie, yang di fitnah oleh orang jahat yang membunuh bapak dia yakni raja persia a.k.a bapak angkat dia....lepas tue dalam proses mengelakan diri dia di hajab oley musuh2 dia, mamat nie or putera raja persia nie pon memulakan edisi endurance marathon demi ntuk menyelamatkan nyawa dia n membuktikan bhwa dia x salah..

dalam proses nak lari tue plak, putera nie terjumpa la plak sorang puteri nie, yangmana merangkap heroin kita laa dalam citer nie...heroin dia nie plak penjaga bagi satu benda hape tah yakni Dagger yang tersimpan kat dalam dia power "back to the future "ntuk ubah masa lampau...





Overall bagi aku, cerita nie agak mantap la....nie pendapat aku la....kalau hangpa semua x setuju aku pedulik apa kan...hahahaha....masing-masing punye citarasa....aksi-aksi lawan yang bagi aku "not so bad" laa...dmasukan juga unsur-unsur komedi yang agak ok la tahap ke-lawakan dia....tambah lak bila time scene putera nie dok lompat2 kat banggunan nak lari daripada tentera yang dok kejaq dia...n effect yang sempoi bila dia tekan dagger tue...


cuma yang aku pelik n x puas hatinya, scene yang melibatkan effect khas macam babak bila "sand of time" tue release x banyak sangat....n yang boring nya, banyak sangat adegan nak cium-cium.....tapi x cium pon....bosan dowh....hahaha...penonton nak tengok lawan-lawan wahai cik director...nak tgk kesan effect sempoi....kalau setakat nak dengar sembang or adegan cium2, filem2 yang x box office pon banyak dahh ada kat luaq nuu....


dengan kata lain, filem nie sesuai la untuk tontonan seisi keluarga bersama nenek tokwan serta adik beradik sekalian...ada jugak nilai-nilai yang diterapkan contoh macam ikatan persaudaraan adik beradik....sempoi aahh..wahahaha....


bila Avatar : The last AirBender nak klua nieee....aku x sabarr!!!...huaarghhhhh!!!

Wednesday, May 26, 2010

Cerita dulu-dulu 1 : Meggie baldi.


Sekitar pertangahan tahun 2002 dulu, waktu tue, aku still lagi didalam alam sekolah...still lagi bangun awal pagi2 pukul 6 pagi lebey semata2 nak beratur kat court takraw sekolah ak dalam keadaan "separa-sedar" beramai2 dengan geng-geng dorm aku yang aku sendiri pasti yang mana setiap satunya daripada depa semua pun berada dalam keadaan yg sama jugak dengan aku dengan tujuan ntuk p semayang subuh beramai2 ... n sekolah yang x lain dan x bukan mestila sekolah aku yang mana aku rasa paling best skali (walaupon aku banyak main kat sana n result hampeh) iaitu Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, penang.....


oklah, straight to the main topix trus....

dulu, masa aku skolah kat TARP dulu, aku da join satu badan beruniform dulu,..iaitu PKBM (Kadet bersatu Malaysia) / Darat..ntuk reader mana yg x taw apa tu PKBM, aku enlighten sket hangpa..PKBM tue atau nama busuk dia la, adalah Kadet tentera...

x semua sekolah ada PKBM nie...on of course lah, nama pon kadet tentera kan, so stail regim latihan dia jugak semua dicedok bulat2 la ikut apa yang tentera kita kena...ini aku x tahu sangat la sebab ada sesetengah sekolah PKBM dia x teruk sgt latihan,sampaikan dah serupa macam persatuan pembimbing rakan sebaya punya tahap rileks..tapi kadet tentera sekolah aku memang aku x nafikan, memang teruk regim latihanya....x percaya, tanya budak2 kadet sekolah aku...terutamanya bila dah dekat pertandingan kawat kaki....

ceritanya bermula bila batch aku dulu...batch kami dulu (X-TARP 2002/2003) masuk pertandingn kawat kaki macam tahun-tahun sebelumnya yang pernah disertai oley senior-senior sekolah aku dulu...bermula dengan peringkat daerah dekat sekolah rendah balik pulau, penang, sekolah aku dapat tempat 1...kemenangan tu kami memang da jangka dah sebab sekolah-sekolah lain yg masuk semua kami bajet semua x power sangat..

dah menang peringkat daerah, mestila p peringkat negeri plak kan?...so kami pon join peringkat negeri yang diadakat kat pusat kokurikulum B.M kot kalau x silap aku...nak jadi cerita, peringkat negeri pon kami menang sebab time tu, pencabar tradisi skolah aku (S.M.J.K Chung Ling - Kadet Polis) x join pertandingan tu...so time tu, buat pertamakalinya, skollah aku mewakili penang ntuk prtandingan kawat peringkat kebangsaan yang diadakan kat stadium kuantan, pahang...

pagi tu, selepas dah bersiap-siap packing-packing baju kawat memasing, cikgu aku ( Cikgu Mat Joe) pon mengetuai trip kami ke kuantan...seramai 35 ++ orang lebey kalau x silap aku yang join trip tu ke kuantan. paling x ley blah, cikgu aku soh kami pakai baju no. 3 kadet...nak nampak macho katanya....

perjalanan yang panjang sekali kami lalui dengan mengunakan bas sekolah yang disewa entah dari mana-mana ntah....apex yg drive bas tue siap boley pasang cita baaaeekkk lagi masa dalam bas tue...(time tue cikgu aku tengah ttdo)..naik turun genting highlands, lalu ikut mana hala ntah lagi aku pon x taw....

akhirnya, kami pon sampai ke kuantan..kalau x silap aku malam kot kami sampai sana....n lokasi penginapan kami time tue kat sekolah teknik seri pelindung? or bukit pelindung x silap aku..aku pn x ingat la...penat-penat dan sakit badan mula mengigit2 badan masing2 lepas tido freestyle dlam bas tadi...kami pon dibwa ke "lokasi penginapan kontinjen Pulau Pinang" yg trletak dalam asrama lelaki sekolah tue...

sampai saja kat lokasi tue,..terasa macam nak masuk balik dalam bas beramai2 n tdo dalam bas...keadaan bilik sangatlahh kesian...(sorry buat sesapa yang x-teknik tue ) loker yang x ber pintu...katil x bertilam...bilik pun x berpintu...dahh macam kem tentera aku tgk....mula2 hangin jugak dengan tempat yang serba x cukup kelengkapan...tapi dah adat ada kat tempat orang, layankan je lahhhh kan.....

malam tue, perut mula dah terasa lapaq...masing2 mencari idea nak ilangkan lapaq...kebetulan time tue, ada pegawai pengiring dari rejimen 2 semboyan di-raja kem sg ara penang follow kami...koperal mustaka a.k.a Koperal taka n koperal ape ntah sorang lagi aku x hengat...depa 2 nie memang tidow skali dengan kami dalam bilik tue...mulanya, asal cadangan nak beli barang makan ni dari depa 2 orang ni la...semua pon pakat setuju n soh koperal 2 orang nie p beli barang makan kat luaq....

selepas kena paw sekoq2 sorang 2 ringgit, kopera nie pon pegi la supermaket ka seven-e ka aku on x tau..sebab stengah jam lepas tue, depa balik dah....berbekalkan duit 2 ringit yg depa paw tad, macam2 yang dibeli...keropok udang, megi mee, biskut oreo, ayaq mineral n macam2 lagi la...aku x ingat semua...bila tengok koperal2 nie bawak balik barang makan, semua satu kontinjen pakat melompat2 seronok dapat makan...barang 1st settle yang kena sambaq sampai lincin mestila keropok dulu....

masalah utama nya datang bila time nak makan meggi....sebelom betolak, sapa yang terpikir nak bawak mangkuk masing2?...sorang-sorang time tue muka kesian gila coz hanya mampu menatap bungkusan2 platik megi tadi....ntah tiba-tiba cmna koperal pengiring tue dapat ide gila...dia masuk dalam tandas asrama lelaki tue....ntah mane2 nyer budak nye timba or baldi dia sapu...n then, masak air n terus rebus megi tersebut dalam baldi tu..entah dia basuh or x, aku x tahu laaa.....baldi tue ade la aras lutut lelaki normal tingginya n semua megi yang dibeli dimasukan sekaligus dalam baldi tue.....settle masalah megi..hahahaha..itulah ist time aku merasa megi tomyam perisa baldi asrama lelaki.....


bila da siap aja megi tue, ramai2 pakai p cari botol air mineral..kerat dua ntuk dijadikan mangkuk...pastu ade la terjumpa kat mana2 hanger baju, masing-masing ambil pastu patah2 kan buat chopstick.....adoiyaiii.....lapar punye pasal....


Kenangan wif budak2 pkbm dulu :-



ps: / Ini la yag aku kata baju no.3 tue...bajet kacak aa sorang2...

Tuesday, May 25, 2010

Maksud Nama Jepun didalam bahasa melayu...

berikut adalah beberapa nama orang Jepon yg sudah d'translate' kan maksud namanya oleh "bijak2 pandai" sekalian....


01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI

02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

03. Yang bisu - KIETA TADASORA

04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA

05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO

06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI

07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA

08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI

09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI

10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

11. Yang tuaTARAGIGI PADANMUKA

12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI

13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI

14. Yang LembabAYUMI SIPUTBABI

15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI

16. Yang suka hantar spam emailSUKASUKA HANTA


Just 4 laugh...Peace..;)

She's making me smile, n smile, n, smile again...


jeng, jeng, jeng....kenalkan, nie la Anak buah aku....or pangilan lain anak melakan, anak sedara, or paling tepat, anak abang aku....ikut suka la korang nak pangil mana satu....selalu ujung2 minggu family abg aku mai rumah aku...saja lepak2....


Nur Hafiya Hana nama yang diberi.... ( Kalau x silap aku la..)...umur baru 7 bulan...time2 cuti nie, slalu la abg aku n kak ipar aku balik umah aku skali ngan hana nie...mak aku plak, kalau cucu sulung dia nie balik, ...hurmphh...jgn harap la org lain nak boley dukung..dia pegang sorang jerk...







hana ni plak kalau dtg umah aku, alahaii.....memang ceria lah suasana...dengan celoteh dia yg dah mula pandai nak "bercakap n bertatih"" ngan orang.....seronok je main ngan dia....hahahah....nak tunggu anak sendiri lambat lagi....anak abg aku pon jadik laa....peace..

Tuesday, May 11, 2010

Ape yg masyarakat Tibet buat kalau ade org mati...(@,@)

"Sky burial or ritual dissection was once a common funerary practice in Tibet wherein a human corpse is cut in specific locations and placed on a mountaintop, exposing it to the elements or the mahabhuta and animals – especially to birds of prey. In Tibet the practice is known as jhator (Tibetan:བྱ་གཏོར་; Wylie: bya gtor), which literally means, "giving alms to the birds."

The majority of Tibetans adhere to Buddhism, which teaches rebirth. There is no need to preserve the body, as it is now an empty vessel. Birds may eat it, or nature may let it decompose. So the function of the sky burial is simply the disposal of the remains. In much of Tibet the ground is too hard and rocky to dig a grave, and with fuel and timber scarce, a sky burial is often more practical than cremation."











































Sunday, April 25, 2010

View Makkah dari atas Gua Hira



aku nak share ngan korang semua satu fail...dgn fail nie, korang ley rasa view sebenarnye dr atas gua hira' kat Makkah nuu..ape tue gua hira'? aiseymenn..yg itu gua x ley tolong...lu kene cari sendiri...kalau dah sampai tahap x tahu gua ape tu gua hira', bawak2 le kembali ke pangkal jalan yerk..dah jauh gt dah tue ko nyimpang....

preview sikit dengan mengunakan software nie....




yang bestnye, korang ley dapat view yang 360 nyer guna software nie..bukan stakat 90 or 180 aje...cara nak pakai lak senang aje....download file nie..(dlm bentuk MS word) pastue ko klik kat installer dlm file word tue....pastue dia mmg akan prompt warning, abaikan aje...klik ok...

Download Links:

http://hotfile.com/dl/39654013/b3120cc/Hira.doc.html

slamat mencuba...

Friday, April 23, 2010

Kaabah, Baitullah...

Saje nak sharing ngan kawan2 gmba2 yang bagi aku agak bernilai nie...bukan ape, x slalu pn kita dapat tgk dalam kaabah..apetah lagi masuk dalamnya... insyallah, mane thu, bila tgk gmba nie, tergerak ati korang n diizinkan Allah ntuk korang g ziarah rumah Allah suatu hari nnti..insyallah..




Tuesday, April 20, 2010

Mayat Berjalan?

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri.....

kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau......

Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya.............

kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut............




betul ker nie...hurmmm......u judge it ur self..

Monday, April 12, 2010

Cerita Dulu-dulu 2 : Anjing yang rock....

hye!..malam nie aku sedang keboringan....saja lepak2 depan laptop aku smbil tengok2 gamba2 lama aku...ngeheheh...bila tgk balik gmba2 lama, teringat plak aku kisah lawak gila aku ngan kawan2 aku dulu..guling2 gak aku gelak bila kenang balik benda nie walaupon da dekat 2 tahun setengah aku stdy degree nie...tmbhan pula ada yang mendesak aku post crita aku kat sini..sapa dia? hohoho....x penting...okla, demi puaskan permintaan dia, story2 balik cerita nie..full edition x de cut2 n paste..;)


alkisahnye bermula bila ada sekumpulan pelajar nie, diorng x balik time raya haji kat UTHM nie..benda nie jadi 2 tahun lepas...Ops..lupa...waktu batch aku daftar dulu kat sini, kami daftar x silap aku 2 hari sebelom raya haji kot..ke seminggu..aku pon x ingat aa..klu sape2 yg ingat, tlg2 la corect2 kan kt sini yerk...


sambung...


aku dikalangan bebudak2 yang x balik dulu tue...jumlah kami x ramai pon...dalam 5-9 org jee yg x balik.yg lain semua settle balik dahh....x sanggup nak raya kat sini..tinggalah kami yg berjiwa kental aja kat sini menghabiskan raya haji kami kat UTHM nie...dah la baru masuk, x kenal sesapa lak...dahtue plak raya pn raya sendiri jaa...bayangkanlahh ye perasaan time tue...


ok, foward siket....


nak dijadikan cerita, masa cuti time tue, asrama aku @ Kolej kediaman Perwira yg ter-chenta nye kafe tutup..yelah, semua cuti, sapa yg nak mai makan kan? x kan nak jamu kat hantu...heheh..sambung lagi...kebetulan malam tu aku x tahula sapa dikalangan kami yang suwey....malam tue kami budak2 llaki yg x balik nie keluaq la makan ramai2 kat kedai makan depan jalan besaq....x silap aku kedai tue nama dia kedai Ujang kot..lepas abes da mencekik sekor-sekor, dah kenyang kan, kami pn berjalan la kaki balik ke kolej kediaman...


jalan balik ke kolej kami tue ada 2 option..satu lalu sebelah kubur, satu lagi lalu ikut celah2 taman perumahan nie...klu emikiran logik korang lah...dah sah2 geng2 aku nie tolak cadangan balik guna jalan kubur tue...oklah, balik la ikut jalan taman perumahan tue...


jalan punye jalan punye jalan...kami pon melintasi satu lorong blakang umah org kat area2 situ....dalam tengah rancak punye sembang..kami terdengaq la dari jauh2 ada bunyi anjing2 sedang menyalak....


bila toleh ke blakang, nampak laa ade sekor anjingan sedang berlari2 kearah kami macam kami nie sekumpulan penjenayah @ muka pecah rumah orang...


"aisehhh!!! ada anjing la plakkk!!!.." kata aku....


niat hati memang dah nak lari menyelamatkan diri....tapi mmbe aku dengan slambe nye kata..(Madek)....


"Rilek2....kita ramai...dia x brani nak wat apa kat kita punya....."


bapak konfiden jee dia cakap...oleh krana si madek pon da cakap mcm tue...kami pon layan jela...aku pon toleh aa skali lagi ke blakang....Mak Oii!!! rupe2nya bukan sekor!! mau ada dlm 7-8 ekor.....aku pon toleh depan nak gtau madek....dia dah x de!!!! babi tol hang madek!! rupanya dia dah lari dulu dari kami semua....dah jauh plak tue....mmg sial nyer kawan....apa lg, kami pn reramai buat acara pecut 150 meter malam tue smpai la ke kolej kediaman...si peycal pon lari jugak....(kawan aku)..x ingat ape dah time tue...smpai tertangal2 selipar jepun yg baru beli masa daftar aritue...


balik bilik aje, mmg xku x cakap banyak dah..trus capai madek smbil buat skill rock-bottom kat dia...jimbet nyer kawan....chiss!

Saturday, April 10, 2010

Mari Melintas Sempadan...Pilih Sempadan negara Kegemaran anda..



Negara Mana yang Bagus Untuk Dicerobohi Sempadannya?



Jika anda mencerobohi sempadan Korea Utara,
Anda akan dikenakan hukuman 12 tahun kerja berat...

Jika anda mencerobohi sempadan Republik Iran,
Anda akan ditangkap serta-merta...

Jika anda mencerobohi sempadan Afghanistan,
Anda akan ditembak, semestinya...

Jika anda mencerobohi sempadan Arab Saudi,
Anda akan dipenjarakan...

Jika anda mencerobohi sempadan republik China,
Kemungkinan nama anda tidak akan didengari lagi...

Jika anda mencerobohi sempadan Venezuela,
Anda akan dilabel sebagai pengintip dan nasib anda akan kelam...

Jika anda mencerobohi sempadan Cuba,
Anda akan dicampak ke dalam penjara tahanan politik dan dibiarkan mereput didalamnya...

Jika anda seorang ********* dan mencerobohi sempadan Negara Malaysia....

Anda akan mendapat :

- MyPr (Permanent Residence)
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Kad Kredit
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan Kesihatan Percuma
- Tiket Percuma Penghantaran Pulang Ke negara asal..(buat yang kantoi..)


Oh Malaysia!!, what a great country!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...