Pages

Tuesday, November 10, 2009

~..Berdoa..~


Untuk renungan teman-teman sekalian..;)


Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Antara huraian Hadith di atas, bermaksud :

Jangan sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik samaada mereka masih hidup, ataupun sudah meningal dunia kerana sebagai anak, itulah antara salah satu kewajipan yang harus ditunaikan kita kepada mereka. Dan antara ganjaran yang dikurniakan Allah terhadap anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya adalah Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (sama ada yang masih hidup atau telah pergi) insyallah. Dan ingatlah wahai teman-teman, ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT. Maka janganlah kita menyakiti atau menyingung perasaan ibu bapa...

Digalakan kepada kita untuk ber
doa kepada Allah mengikut tertibnya..Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita..Insyallah..

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris yang perlu digunakan....Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari..Rezeki yang datang dari Allah bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah... Berusaha dan bertawakal kerana rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan sebagainya, tapi cukup dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita....

Bila-bila masa kita boleh mengangkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja tak kira waktu kerana, kasih sayang kedua org tua kita keatas kita juga tidak mengira waktu,.....Renung-renungkan lah wahai teman....


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...