Pages

Wednesday, November 25, 2009

~Hari raya AidilAdha A.K.A Korban datang lagi~


Assalamualaikum tO all readers.



Hari jumaat nie, kita umat islam sekali lagi akan menyambut satu hari yang agak penting la dalam kalendar islam iaitu Hari Raya Aidiladha. Aidiladha nie sebenarnya kalau korang prasan, ada banyak nama lainya macam contohnya, raya haji dan raya korban..anyway x kesah le memana satu pon sebab semuanya sama, tetap Raya Aidiladha.

Sebut aja raya, semua orang sure x sabaq2 nak ternanti2 x kira lah raya haji ka or raya Posa, untuk menunaikan sembahyang sunat raya kan???.. (Iyoolah tuee..wajib pon kadang x terbuat...) Or maybe ada segelintir Puak pulak yang
ternanti2 detik tue dengan siap sepersalinan serba baring, serba duduk dan serba berdiri untuk dipertandingkan dalam kategori pakaian sapa plg mahal, cantik or baju sapa ada labuci plg??...

anyway mana2 pon x kesah..sebab dlm masyarakat kita benda2 cmneh dah sinonim kan...but, dalam keghairahan menyambut tue....thukah kita makna sebenar disebalik AidilAdha tue? or adakah aidiladha tue bagi kita hanya satu lagi hari cuti wajib yang kita boleh relaks kat rumah sambil baring makan ketupat dan rendang depan tv?...mari kita sama2 lihat quote yang aku ambik palg simple dlm wikipedia..

"
Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan
Aidiladha dan
Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.

10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit
Hari Raya Aidil Fitri..."

Huu...srry aa klu pendek sangat...kalau nak panjang lagi, boleh aa saudara/i google sendiri kat tenet yer....anyway, AkOoo juGa nak menguCapkn "SELAMAT HARI RAYA AIDiLADhA KepADA UMAT ISLAM SELURUHNYA, X KIRA ANDA DIMANA..,SEMOGA DENGAN HADIRNYA AIDILADHA KALI INI, KITA LEBIH MEMAHAMI ERTI PENGORbaNAN yanG SEBENARNYA.."..

Monday, November 23, 2009

Kawen Oh Kawen



Ahad lepas, selesai sudehh kenduri kawen mmbe sesekolah, sepoli a.k.a habib...dulunya mamat nie terkenal dengan jolokan "raja Sauk" dikalangan mmbe2 aku...hahaha..apa yg dia sauk, ade la....general sikit...kekeke..anyway, berbalik kepada cerita lama, dulu si habib nie diantara kawan-kawan aku yg lain, dialah yg paling low profil (awek x dak)...tup2 tgk2 dia yg kawen dulu...hahaha..itulah dia yg irg tua2 kata, soal jodoh nie ditangan tuhan...kalau bercinta macam nak rak pon, tp kalau dah bukan jodoh,, haaiisshh..x kemana lew kamOoo..kekeke...semoga lu jadi suami yang mithali bro....chiow!...~lalalalal~

Tuesday, November 10, 2009

~..Berdoa..~


Untuk renungan teman-teman sekalian..;)


Rasulullah SAW pernah bersabda :

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Antara huraian Hadith di atas, bermaksud :

Jangan sesekali kita meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik samaada mereka masih hidup, ataupun sudah meningal dunia kerana sebagai anak, itulah antara salah satu kewajipan yang harus ditunaikan kita kepada mereka. Dan antara ganjaran yang dikurniakan Allah terhadap anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya adalah Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (sama ada yang masih hidup atau telah pergi) insyallah. Dan ingatlah wahai teman-teman, ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT. Maka janganlah kita menyakiti atau menyingung perasaan ibu bapa...

Digalakan kepada kita untuk ber
doa kepada Allah mengikut tertibnya..Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 yang banyak menolong kita..Insyallah..

Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris yang perlu digunakan....Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari..Rezeki yang datang dari Allah bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah... Berusaha dan bertawakal kerana rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dan sebagainya, tapi cukup dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita....

Bila-bila masa kita boleh mengangkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja tak kira waktu kerana, kasih sayang kedua org tua kita keatas kita juga tidak mengira waktu,.....Renung-renungkan lah wahai teman....


Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......

Sunday, November 8, 2009

Gratz to My fren~

Satu lagi perkara yg slalunya, kebanyakanya dan semestinya akan ditempuhi oleh setiap makhluk bernama manusia adalah perkahwinan...n aku teerdetik seketika ntk menulis karangan pendek yg x seberapa nie untuk sekali lagi menucapkan slamat pengantin baru kepada rakan aku, mista habib b halim yg akan melansungkn perkahwinanya x lama lagi..Slalunya kalau kita sendiri pegi kenduri kawen, mmg x terasa apa pon sebab niat utamanya untuk pegi makan jee kan? kekeke...but bila salah seorang rakan sendiri yg dh nak kawen, buat aku tpkir sejenak dan berkata.."dah tua rupanya akue niee..(walaupon umo br 23 tahun)" kekeke..prasan tol...

org lain aku x tahu aa kan, but aku, mmg itulah yang dipikirkan...terasa macam diri ni x sedaq yg masa sebenarnya berlalu dengan cepat skali...banyak lagi banda yg aku planning still x manjadi @ dapat @ laksanakan...tup2 dah lebey 3 org mmbe aku dh kawen....aiyooo...masing2 suda berkerjaya n mempunyai kehidupan yang sudah " agak stabil " but aku?...blaja pon x abes agi...hahahaha...dumb tol...pas 2 nak kena cari keja lagi..saving lagi n many more aa..itu x tambah agi ngan utang ptptn lagi yang nak kena bayaq...adoilaa....what to do??...ape yg boley aku wat, just stick to my life........dan berdoa je (disertakan skali dengan usaha yerk) yg Allah permudahkan urusan aku...n panjangkan umo agar sempat aku capai segala yg diplanning dan impikan...aminnn...

Tuesday, November 3, 2009

~~Demam lagiee!!!!~~

kali ni bukan demam biasa, but demam yg menjadi sumpahn budak2 ipta...demam final...makin dekat final makin demam lak rasanya. tapi yg lagi menambah ke"sengalan" nye tu, paper makin dekat, makin malas pulakk nak stady....wwhaddehell??!!!...wahai diri, rajinlah engkau dalam stady demi membalas jasa kedua org tua mu!!....n esok, aku akan start paper 1st final aku (PowerE)...harap2 @ insyallah bboley laaa nak jawap....usaha suda, tawakal jer laahhhh...

Monday, October 12, 2009

~Banana Oh Banana~




time to go for Bananas

Bananas... This is very interesting.
After Reading THIS, you'll NEVER look at a banana in the same
way again -

Bananas - Containing three natural sugars - sucrose, fructose and
glucose combined with fiber, a banana gives an instant, sustained and
substantial boost of energy.

Research has proven that just two bananas provide enough energy
for a strenuous 90-minute workout. No wonder the banana is the number
one fruit with the world's leading athletes.

But energy isn't the only way a banana can help us keep fit. It
can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and
conditions, making it a must to add to our daily diet.

Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND amongst people
suffering from depression, many felt much better after eating a banana.
This is because bananas contain tryptophan, a type of protein
that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve
your mood and generally make you feel happier.

PMS:
Forget the pills - eat a banana. The vitamin B6 it contains
regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

Anemia :
High in iron, bananas can stimulate the production of
haemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.

Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet
low in salt, making it the perfect to beat blood pressure.

So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed
the banana industry to make official claims for the fruit's ability to
reduce the risk of blood pressure and stroke.

Brain Power:
200 students at aTwickenham (Middlesex) school were helped
through their exams this year by eating bananas at breakfast, break, and
lunch in a bid to boost their brain power.

Research has shown that the potassium-packed fruit can assist
learning by making pupils more alert.

Constipation:
High in fiber, including bananas in the diet can help restore
normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting
to laxatives.

Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a
banana milkshake, sweetened with honey. The banana calms the stomach
and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels,
while the milk soothes and
re-hydrates your system.

Heartburn:
Bananas have a natural antacid effect in the body, so if you
suffer from heartburn, try eating a banana for soothing relief.

Morning Sickness:
Snacking on bananas between meals helps to keep blood sugar
levels up and avoid morning sickness.

Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the
affected area with the inside of a banana skin. Many people find it
amazingly successful at reducing swelling and irritation.

Nerves:
Bananas are high in B vitamins that help calm the nervous
system.

Overweight and at work?
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure
at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps.
Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese
were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that,
to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar
levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep
levels steady.

Ulcers:
The banana is used as the dietary food against intestinal
disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw
fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It
also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the
lining of the stomach.

Temperature control:
Many other cultures see bananas as a 'cooling' fruit that can
lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers.
In Thailand , for example, pregnant women eat bananas to ensure their
baby is born with a cool temperature.

Seasonal Affective Disorder
(SAD): Bananas can help SAD sufferers because they contain the
natural mood enhancer tryptophan.

Smoking:
Bananas can also help people trying to give up smoking. The B6,
B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them,
help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.

Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the
heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water
balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby
reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of
a high-potassium banana snack.

Strokes:
According to research in 'The New England Journal of Medicine
'eating bananas as part of a regular diet can cut the risk of death by
strokes by as much as 40%!'

Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to
kill off a wart, take a piece of banana skin and place it on the wart,
with the
yellow side out. Carefully hold the skin in place with a plaster
or surgical tape!

So, a banana really is a natural remedy for many ills. When you
compare it to an apple, it has four times the protein, twice the
carbohydrate, three times the phosphorus, five times the vitamin A and
iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in
potassium and is one of the best value foods around.

So maybe its time to change that well-known phrase so that we say,

'A banana a day keeps the doctor away!'

Saturday, October 10, 2009

~Exam Oh Exam~




Dah sudah exam Mesin tadi tengah ari...naseb baeekkk aku sempat buat soalan yang cik suhaimi bagi..kalau x, hahaha..almaklumlah maka termenunglah aku didalam dewan peperiksaan yang besar itu...apa2pn, dah try yang terbaik....all the best to all my friends...we can do it...ciow!

Friday, September 11, 2009

Mari-mari kite ketawa siket..(^0^)

Ah Beng - NEW STUFF

Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said,
'My Mobile No. Has changed.
Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610'

====================================

Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College.
Friend: Really, what is he studying.
Ah Beng: No, he is not studying, they are Studying him.

==========================================

Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.
DR: Take this tablet, you will be ok.
Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.

===========================================

Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?
Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.

=========================================

Ah Beng : People consider me as a 'GOD'
Wife: How do you know??
Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said,
Oh GOD! U have come again.

===========================================

Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing,
except the TV in my house.'
Police: 'How the thief did not take TV?'
Ah Beng : 'I was watching TV news...'

=========================================

Ah Beng comes back 2 his car & find a note saying 'Parking Fine'
He Writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for compliment.'

=============================================

How do you recognize Ah Beng in School?
He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases
the board.

===============================================

Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other.
So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast
announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would
be hot.

==================================================

Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and
Says 'Hello, how did you know I was here?'

===================================================

Ah Beng : Why are all these people running?
Man - This is a race, the winner will get the cup
Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

===================================================

Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense
Ah Beng : The future tense is 'u will go to jail'

=====================================================

Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'
Servant: 'It's already raining.'
Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

=====================================================

A man asked Ah Beng why Ahmad Badawi goes walking in the Evening and not
in the morning A h Beng replied Ahmad Badawi is PM not AM....

Thursday, September 10, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Kepentingan Berzikir terhadap otak

Image Hosted by ImageShack.us


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang ali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Skill Training NCER

Ntuk sesiapa yang berminat..boleh la tgk-tengokan yerk..






module details
http://www.mediafire.com/?5md3yzix0jf

Application form
http://www.mediafire.com/?vvjyxujw1ty

Sapa interested email or call … sila isi form

Dan email balik to casper21ghost@gmail.com

Free course, dari kerajaan Pulau Pinang

Sajak Tentang Tension ( Ntuk Org2 tengah tension n sewaktu denganya )

One Moment listen please

The Moment you are in Tension...
You will lose your Attention...
Then you are in total Confusion...
And you will feel Irritation...

Then you will spoil personal Relation...
Ultimately, you won't get Co - Operation...
Then you will turn things into Complication...
Then your blood pressure may raise Caution...
And you may have to take Medication...
Instead, understand the Situation...
And try to think about the Solution...
Many problems will be solved by Discussion...
This will work out better in your Profession...
Don't think it's my free Suggestion...
It's only for your Prevention...
If you understand my Intention...
You will never come again to Tension...

So there are actually more than Ten (10) of the Sions.
But what counts are actually the lessons.


Image Hosted by ImageShack.us

Monday, September 7, 2009

Sebab-Sebab utama kenapa Budak lelaki perlukan Ayah dan Ibu / penjaga..(^<^)

Anda seorang lelaki? semestinya kalau anda seorang lelaki atau buat kakak2 diluar tu yang mempunyai adik lelaki, pernah melalui saat2 dalam hidup atau sebahagian babak dalam hidup anda yang dipangil zaman kanak-kanak. Umum mengatakan yang budak lelaki nie sewaktu zaman kanak2 nie, kebanyakan nya nakal dan "advanturous" ...betul ker??...tapi x dela sampai semua ye nakal..ade gak yang baik2 yang slalu dengar cakap mak ayah kan?..macam aku pulak, jujur aku mengaku, mmg aku agak nakal sewaktu kecik2 dan "advanturous"...hahaha....tapi, senakal2 aku, rasanya x sampai tahap bebudak kat dlm pic2 nie...mmg aku tabik!! hahahah...Anyway, semua pic nie just for fun only ok? no hard feelings ya...


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Just for laugh only....peace!!

Anak-Anak Syaitan ( Bukan anak-anak Sidek yerk hehehe )

9 jenis anak syaitan..

Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan antaranya :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH yerk...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Jadi, anak syaitan manakah yang anda ingin berdamping dengan anda?....(-,-)

Sholat Subuh di Masjid

Image Hosted by ImageShack.us



Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab

"Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya tetapi lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.
Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat?? Dan lelaki itu menjawab ;

“Aku adalah IBLIS (syaitan)”

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu dan Syaitan tersebut kemudian menjelaskan,

“Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu.

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid . Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga , jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....”

Jadi, jangan biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...